#ManifestoBukanJanji Diperbaiki Mendengar Masalah Rakyat atau Tutup KELEMAHAN?



Umum tahu, Pakatan Pebangkang yang telah melancarkan manifesTOLOLnya secara rasmi pada 25hb Februari yang lepas.

Umum juga Tahu, ManifesTOLOL yang dilancarkan pada 25 Februari itu banyak kecacatan dan kelemahan sehingga perlu diperbaiki semula? dengan kata mudah ditambahbaik. Secara zahirnya hanya benda rosak sahaja yang perlu diperbaiki, mana ada orang perbaiki benda elok!!


Antara yang hilang dalam ManifesTOLOL Rakyat ini ialah pembayaran Royalti minyak untuk Kelantan, hudud dan sebagainya, malah, satu daripada begitu banyak tawaran dalam Manifesto Rakyat ini iaitu penutupan Lynas, telah ‘dirosakkan’ Anwar Ibrahim dan Pengerusi kumpulan anti Lynas, Himpunan Hijau, Wong Tack yang berkata Lynas boleh beroperasi kalau ‘pakar’ mengesahkan ianya selamat.

Itu bermaksud ManifesTOLOL ini tidak dibincangkan dan diperhalusi serta dibahaskan oleh ketiga-tiga komponen parti politik yang berada di bawah Pakatan Pembangkang sebelum ia dilancarkan. Hanya Rafizi selaku pembuat Manifesto, Anwar dan beberapa orang dalam PKR sahaja yang menyediakan Manifesto ini, pembabitan pemimpin PAS dan DAP langsung tidak ada. Itu yang royalti minyak untuk Kelantan boleh tertinggal!! Dengan kata mudah ManifesTOLOL ini dibuat dengan kaki jer..

Silap-silap Anwar tidak tahu apa isi kandungan manifesTOLOL ini, sebab itu dia macam orang bodoh apabila bersetuju untuk meneruskan Lynas walaupun dalam manifesto telah jelas dinyatakan bahawa operasi Lynas akan dihentikan, tidak kira apa. Jelas juga layan anwar terhadap medai tidak seperti yang dimanifeTOLOLkan. Pelbagai persoalan yang dilontarkan Media dijawab dengan persoalan atau U ULANG I SAMAN.


Selain itu, kesemua penjual kenderaan terpakai di negara ini membantah ‘tawaran’ Pakatan Pembangkang dalam manifesTOLOLnya untuk mengurangkan hampir separuh harga kereta baru dengan pemotongan cukai. Kalau perkara itu dilaksanakan, semua penjual kereta terpakai ini akan gulung tikar kerana tidak ada siapa yang mahu membeli kenderaan terpakai lagi. Kita bercakap tentang puluhan ribu penjual kereta terpakai, kakitangan dan keluarga masing-masing, dan inilah antara yang ‘merosakkan’ lagi ManifesTOLOL Pakatan Pembangkang ini sehingga perlu diperbaiki.

Persoalan kenapa Pakatan Pembangkang melancarkan MANIFESTOLOL ini sedangkan ianya masih belum difinalkan lagi? Alasan kononnya mendengar suara rakyat, perkara ini lebih kepada untuk menutup kelemahan dan kesilapan masing-masing dalam penyediaan manifesto tersebut. Manifesto ini terpaksa diperbaiki kerana banyak kelemahan dan kekurangan selain tidak masuk akal dari segi perlaksanaan dan mendapat kritikan pakar ekonomi yang pro mereka sendiri.


Bayangkanlah betapa rendahnya maruah rakyat Kelantan, terutama aktivis royalti ini apabila perkara tersebut tidak dimasukkan dalam ManifesTOLOL!! Buat penat sajalah menjerit-jerit tentang royalti dalam himpunan Bersih bila dalam manifesTOLOL yang dilancarkan tidak menterjemahkan apa yang dilaungkan.

UPDATE

Menurut sumber laporan sinarharian, Kulasegaran DAP hanya berminat untuk memperbaiki berkenaan janji 100 hari pentadbiran pembangkang dalam menyelesaikan isu kad pengenalan merah, biru dan rakyat yang tidak memiliki sijil kelahiran. Kenapa DAP Begitu menunjukkan minat kepada IC dan sijil lahir? Menurutnya 300 Ribu rakyat masih lagi berdepan masalah IC dan Sijil lahir... Siapa rakyat itu? Pengundi IMPORT DAP?

Yang sedihnya, kulasegaran takde plak sibuk nak tambah baik ROYALTI KELANTAN. Adakah PAS dibela sehingga begitu sekali? Sudahla HUDUD dibuang, Negara Islam digantikan Negara BERKEBAJIKAN, Royalti pun tiada dalam ManifesTOLOL Pakatan Pembangkang.



R= ROYALTI atau  R=ROYAK TAK RETI!

Post a Comment