PERWIRA #LahadDatu Terus Mendapat PERHATIAN @NajibRazak !!


Inline image 1

Inline image 2

Inline image 3

Inline image 5


LAHAD DATU: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengisytiharkan bahawa Operasi Daulat yang diwujudkan sejak 5 Mac lepas bagi menangani insiden pencerobohan pengganas dari Filipina di pantai timur Sabah akan berakhir beberapa hari lagi.

Katanya operasi kepolisan dan ketenteraan bagi menghapuskan pengganas Sulu itu akan diteruskan di bawah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM).

"Kita dapat bersama di majlis yang begitu bersejarah dan bermakna di Felda Sahabat ini, sebuah kawasan yang menjadi perhatian seluruh negara dalam masa beberapa minggu. Pada mulanya, cadangan saya datang untuk isytiharkan supaya ataupun bahawa Operasi Daulat sudah berakhir.

"Sebaliknya, kalau saya berbuat demikian ia mungkin memberi gambaran yang kurang tepat. Hakikat sebenarnya Operasi Daulat akan berakhir tetapi segala tindakan polis dan ketenteraan yang perlu diambil, yang perlu dilakukan, sehingga setiap orang sama ada pengganas atau pun tali barut mereka dapat
dihapuskan sama sekali.

"Tindakan-tindakan selanjutnya akan dilakukan selepas ini di bawah pemerintahan ESSCOM yang mengambil alih semua operasi bersepadu di kawasan Zon Selamat Sabah Timur (ESSZONE)," katanya.

Menurut Najib lagi, kerajaan juga telah bersetuju mewujudkan pingat penghargaan khas yang dinamakan Pingat Kedaulatan Negara (PKN) bagi menghargai anggota pasukan keselamatan dan agensi kerajaan yang terlibat secara langsung dalam Ops Daulat.

Katanya,PKN boleh diberikan kepada mana-mana individu yang berkhidmat dan terlibat secara langsung dalam Ops Daulat, yang bertujuan menentang pencerobohan pengganas di Lahad Datu.

"Ia sebagai penghargaan kepada anggota pasukan keselamatan atas jasa, keberanian, kebaktian dan pengorbanan mereka, dan semua anggota kakitangan awam yang terlibat dalam Ops Daulat.

"Maka, hari ini saya akan sampaikan secara simbolik kepada beberapa anggota kita yang terlibat dalam ops itu," kata Najib sempena majlis Penghargaan Ops Daulat di sini hari ini.

Mengenai anggota yang cedera dalam Ops Daulat itu, Najib berkata mereka ditawarkan membeli 50,000 unit saham Bank Rakyat seorang.

Najib juga berkata Bank Rakyat bersetuju menawarkan saham Bank Rakyat bernilai RM100,000 kepada setiap keluarga yang terlibat dalam tragedi pencerobohan tersebut.

"Berdasarkan dividen yang dibayar oleh Bank Rakyat sebanyak 15 peratus setahun serta bonus tambahan, bererti mereka akan memperoleh RM15,000 setahun atau pun RM1,250 sebulan.

"Dan jika mereka membuat pinjaman perumahan bernilai RM300,000 hingga RM400,000, untuk beli sebuah rumah atau beli rumah baharu, maka jumlah tersebut mencukupi untuk membayar ansuran pinjaman yang dibuat," katanya.

Perdana Menteri berkata hari ini juga Amanah Ikhtiar Malaysia menyediakan "habuan" bernilai 1.5 juta untuk warga Felda Sahabat.

Kepada 26 keluarga yang kehilangan rumah atau rosak, Yayasan 1MDB menyediakan peruntukan bernilai RM2 juta, kata Najib.

Beliau berkata pada majlis itu, Kelab Putera 1Malaysia juga membekalkan 9,100 bungkusan makanan untuk diagihkan kepada pasukan keselamatan, Rela dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia.



Post a Comment