PUAK ERDOGAN ADALAH DALANG DI SEBALIK VIDEO #spendastopa ? #PRU13 #GE


Dato Mustaffa Ali telah diperangkap oleh 2 kumpulan di dalam pakatan pembangkang yang mempunyai kepentingan peribadi mengatasi ageda perjuangan parti.Satu kumpulan yang diketuai oleh Anwar dan Azmin manakala satu lagi kumpulan merupakan pemimpin 'Anwarinas' atau lebih dikenali sebagai puak Endorgan Pas.Mereka-mereka inilah yang sebenarnya bertanggungjawab di sebalik penyedian dan pengedaran video seks tersebut.Isu ini bermula sejak idea 'kerajaan perpaduan' (UG) mula diperkenalkan tidak lama dahulu yang akhirnya telah memecahkan Pas kepada 3 kumpulan iaitu 1) kumpulan ulama dan penyokong yang menyokong UG, 2) kumpulan Anwarinas @ Endorgan yang jelas menentang kumpulan ulama Pas dan 3) kelompok yang tetap akur dan setia dengan Nik Aziz selaku Mursyidul Am.Antara pimpinan Pas yang menyokong UG ialah,Hadi Awang (sebelum didesak untuk menukar pendirian),Nasaruddin Mat Isa (Mantan Timbalan Presiden), Mustaffa Ali (Setiausaha Agung Pas),Harun Din ( Timbalan Mursyidul Am),Harun Taib (Ketua Dewan Ulama), Hassan Ali (Mantan Pesuruhjaya Pas Selangor),Mahfodz Mohamed (Pesuruhjaya Pas Johor),Hashim Jasin (Pesuruhjaya Pas Perlis),Azizan Razak (Pesuruhjaya Pas Perlis) dan beberapa lagi pimpinan yang enggan memberikan sokongan secara terbuka.Perkembangan yang jelas mengusarkan Anwar selaku ketua pembangkang itu,akhirnya dapat diredakan,apabila kumpulan Anwarinas @ Endorgan berjaya menyingkirkan beberapa pimpinan Pas selepas pemilihan parti itu tidak lama dahulu. 

Walaupun Anwar dengan kerjasama puak Endorgan telah berjaya menggantikan pimpinan Pas dengan penyokong gerakan Liberal,dendam kesumat itu nyata tidak berhenti setakat itu sahaja.Ia tetap diteruskan dengan beberapa lagi pendekatan bagi mendesak kumpulan UG agar menukar pendirian,antaranya mengunakan pendekatan skandal seks Mustaffa Ali.Ia bagi mengugut beliau agar menarik kembali sokongan yang telah diberikan sebelum ini.Nyata pendekatan tersebut dilihat berkesan apabila tidak lama selepas itu idea mengenai UG sekali lagi berjaya dimatikan.Namun ekoran dari tindak-tanduk DAP sebagai rakan kongsi yang berterusan dengan agenda menentang Islam,ditambah dengan pendedahan demi pendedahan yang melibatkan Anwar,idea mengenai UG kembali disuburkan tapi melalui pendekatan yang berbeza.Ini kerana ramai dikalangan mereka tidak lagi percaya dengan DAP dan Anwar yang kononnya akan ditabal sebagai Perdana Menteri sekiranya pakatan berjaya merampas Putrajaya akan serius untuk memartabatkan Islam.

Atas sebab itu di dalam Muktamar Pas yang diadakan pada tahun lalu,Hadi Awang telah dicalonkan sebagai Perdana Menteri bagi mengantikan Anwar sekiranya pakatan berjaya dalam misi menyingkirkan Umno.Malah kegagalan Pas mempertahankan beberapa dasar yang mendapat bantahan DAP semakin memburukkan keadaan.Isu pengunaan kalimah Allah akhirnya telah berjaya membuka minda dan hati pimpinan Pas yang selama ini terpaksa akur dengan keputusan atas nama 'jemaah'.Maka tidak hairanlah,apabila Harun Din sebelum ini dikatakan telah berjumpa dengan Anwar dan memberikan kata dua kepada pemimpin 'Anugerah Tuhan' itu.Walaupun pencacai Anwar bertegas mengatakan ia hanyalah khabar angin yang sengaja direka oleh Umno,namun keputusan Pas Negeri Perlis yang enggan memberikan sebarang kerusi parlimen kepada PKR telah membuktikan dakwaan tersebut. Malah percubaan PKR untuk meletakkan Mufti Perlis,Juanda Jaya juga gagal mempengaruhi keputusan tersebut.

Post a Comment