Tuduh pihak lain bila salah diri,
Baik betul pelik DAP tak erti,
Macam mana DAP nak tadbir macam ini?,
Bila tak boleh beza kanan dan kiri.
Ahli DAP sendiri yang buat aduan,
Marah pun jangan cakap bukan-bukan,
Tahukah anda ROS & BN tak ada ikatan?,
Lagi mahu cakap DAP bisa nak lawan.
Kasihan Kit Siang nangis macam bayi,
Nangis sampai guna tisu tak henti,
Nangis bagai anak isteri dah mati,
Ini memang baik punya 'Drama Minggu Ini'.
Kalau roket rosak gunalah bulan,
Bagai DAP & PAS macam brada berkawan,
Isu Hudud & 'Allah' pun tak bersetujuan,
Kini nak guna bulan tipu rakyat sekalian.
Roket atau bulan lebih berkuasa?,
Ideologi mereka memang berbeza,
Kalau Cina sokong bulan khianatkan budaya,
Muslim PAS pula khianatkan agama.
Roket cakap boleh makan babi & berjudi,
Bulan pula cakap hina judi dan babi,
Samakah roket & bulan macam ini?
Rakyat yang ditipu dengan cerita begini.
Pakailah otak semasa mengundi,
Kerajaan baik hilang tak berganti,
Bagai patah sekali tak tumbuh lagi,
Negara hancur merana ini dah pasti.
Post a Comment