Sedar Tak Sedar Inilah realiti PAS apabila TELAH DI"ISLAM"KAN OLEH DAP!!


Bekas Ketua Dewan Pemuda Pas Pulau Pinang, Mohamed Hafiz Mohamed Nordin berkata, disebabkan perubahan itu juga agenda perjuangan memartabatkan Islam di Selangor oleh bekas Pesuruhjayanya, Datuk Dr. Hasan Ali tidak disenangi oleh kepemimpinan parti khususnya di peringkat pusat.

Beliau berkata, rakyat perlu sedar dengan perkembangan itu kerana sejak Pas bersekutu dengan Anwar serta DAP, parti tersebut telah mengalami perubahan drastik sehingga ke tahap terpaksa mengorbankan agenda perjuangan Islam.

"Pas lebih mementingkan nilai keduniaan iaitu kemenangan pada pilihan raya daripada meneruskan agenda perjuangan Islam sedangkan inilah perjuangan yang sepatutnya mereka utamakan.

"Akhirnya pemimpin-pemimpin yang memperjuangkan Islam seperti Dr. Hasan Ali akan diketepikan kerana tidak selari dengan perjuangan Pas walaupun apa yang dilakukan oleh Exco Selangor itu adalah perjuangan asal Pas,"

Post a Comment