#TolakPR : KENAPA CALON Pakatan Ranjang SABAH DI DOMINASI PARTI DARI SEMENANJUNG?

Bagaimana Pembangkang di Sabah boleh bersuara di Sabah jika parti yang bertanding didominasi oleh Pembangkang dari semenanjung? Pakatan Ranjang umpama mahu menjajah Sabah dengan parti mereka. Umum tahu Pakatan Ranjang gagal menarik pembangkang Sabah untuk bersama mereka menentang BN.

Senarai calon Pakatan Ranjang yang telah dikeluarkan mencerminkan sendiri apa hasrat Pakatan Ranjang itu sendiri, kerusi paling banyak adalah dari calon PKR .Berikut adalah senarai kerusi Pakatan di Sabah: 
1) 11 PKR, 
2) 6 APS, 
3) 3 PPPS, 
4) 3 PAS, 
5) 3 DAP. 

Seperti kebiasaan, calon-calon dari PKR pula bukan dari kalangan ketua-ketua cabang PKR tempatan . Nampakya sikap Anwar melebih-lebihkan kroni semakin terserlah dengan senarai calon-calon PKR yang bakal bertanding di Sabah. Kalau dulu bukan main lagi Anwar menuduh UMNO mengamalkan kronisma dan sebagainya . Nampaknya apa yang berlaku sekarang seperti meludah di langit , terpalit air ludah di muka sendiri.

Mungkin terhutang budi dengan si pengkhianat a.k.a katak si Lajim Ukin yang cuba memporak perandakan BN dengan fitnah-fitnah tak masuk akal . Anwar dilihat terlalu 'memanjakan' si katak ini hingga tindak tanduk beliau benar-benar menimbulkan kemarahan pemimpin2 PKR tempatan.  Anwar bijak memanipulasikan si Lajim Ukin untuk mencatur penguasaan PKR di Sabah . Parti-parti dari Sabah diketepikan sedangkan parti-parti ini bertapak lebih lama.   Kalau dahulu Anwar menuduh UMNO mengawal segalanya di Sabah , namun apa yang beliau lakukan lebih teruk . Oleh itu, eloklah rakyat Sabah berhati-hati dengan si hipokrit ini .


Post a Comment