Untuk menambahkan peningkatan sokongan kepada Pakatan Rakyat, khususnya PKR, pecacai Pakatan telah mewujudkan sebuah blog yang MENYAMAR SEBAGAI PENYOKONG UMNO-BN. Isi kandungannya adalah memanjang fitnah-fitnah PKR terhadap para pemimpin PAS khususnya agar UMNO-BN dituduh memanjangkan cerita-cerita lucah.
Fitnah terbaru yang cuba dikembangbiakkan adalah SKANDAL SEKS MURSYIDUL AM PAS di Makkah!
Membaca dan melihat blog tersebut sekali imbas, sudah dapat mengesan niat sebenar blog berkenaan diwujudkan. Tiada lain selain daripada menghalakan kemarahan para pengundi kepada UMNO dan Barisan Nasional!
Para pemimpin Pakatan Rakyat dengan bantuan pecacai-pecacai mereka sekarang ini sedang giat mempromosikan fahaman kononnya, UMNO DAN BARISAN NASIONAL mengamalkan budaya politik lucah. Manakala Pakatan Rakyat pula adalah mangsa kepada budaya politik biadap itu.
Hakikatnya, budaya politik lucah lebih rapat dan lebih kejap dengan Pakatan Rakyat memandangkan itulah senjata yang mereka gunakan semenjak dahulu. Nama-nama seperti Abu Hasan Omar, Muhammad Haji Muhammad Taib, RahimThamby Chik, bahkan Anwar Ibrahim sendiri pun, telah lama dijaja oleh puak-puak berkenaan.
Hanya apabila terkena ke batang hidung sendiri, barulah mereka menggelupur dan cuba berlagak alim dan tidak bersalah!
Kesilapan terbesar ler selepas skandal penyebaran video lucah Mustafa Ali diketahui dan membabitkan PKR pulak tuh...
Post a Comment