Bekas hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Noor Abdullah menyeru agar kerajaan menghapuskan sekolah vernakular yang didakwanya bukan sahaja memecahbelahkan masyarakat malah tidak diiktiraf perlembagaan.
“Menurut Perlembagaan, kita sepatutnya hanya ada satu aliran sekolah sahaja. Sepatutnya kita hapuskan sekolah jenis kebangsaan (SJK).
“Hapuskan oleh kerana Perlembagaan tak iktiraf sekolah jenis kebangsaan kerana adanya sekolah kebangsaan dan jenis kebangsaan, adanya sekolah Cina, India, ia memecah-belahkan rakyat,” katanya dalam Seminar Pasca PRU-13 di Kuala Lumpur hari ini.
Golongan yang tidak bersetuju dengan penghapusan SJK pula boleh mendapatkan perintah mahkamah untuk mencabar tindakan tersebut, katanya.
“Kalau ada yang tak setuju, mereka itu anti-perpaduan. Adakah salah bagi saya nyatakan sesuatu yang benar? Sepatutnya apa yang saya kata ini disokong, bukan sahaja oleh masyarakat Melayu tetapi seluruh masyarakat Malaysia.
“Kita perlu berjihad untuk perkasakan orang Melayu. Seandainya ada terdengar suara-suara yang bantah, maka caranya dapatkan perintah mahkamah bahawa kewujudan SJK tak sah dan bertentangan dengan perlembagaan,” katanya yang mendapat tepukan gemuruh hadirin.
Dalam ucapan sebelum itu, bekas pro-canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Tan Sri Abdul Rahmad Arshad yang menimbulkan perkata itu berpendapat sekolah aliran tunggal akan menyatukan sistem persekolahan.
“Satukan sistem persekolahan... buat sekolah satu aliran, sekolah rendah kerajaan dan sekolah menengah kerajaan. Itu sahaja.
"Sekolah jenis kebangsaan Cina dan India yang ada sekarang ini kita ubah kepada sekolah kerajaan. Tak ada jenis-jenis.
"Kita harus praktikkan apa yang boleh dipraktikkan,” katanya yang turut mengambil contoh sistem persekolahan di Indonesia, Thailand dan Filipina.
Ghostwriterz : "Cina dan India ada sekolah jenis kebangsaan hingga kini, err.. Takde pula wujud sekolah jenis kebangsaan Melayu.. Siapa yang racist sekarang ni?"
Post a Comment