Tew Dia..Penduduk Sekitar Batu Bawan Seronok Anwar Ibrahim Mai..


 

Perhimpunan haram anjuran Pakatan Rakyat di Stadium Batu Kawan di sini malam tadi menyebabkan kesesakan trafik teruk dari petang semalam sehingga kira-kira 3 pagi ini.

Kesesakan teruk sehingga 10 kilometer itu berlaku berikutan peserta perhimpunan meletakkan kenderaan sesuka hati dan keadaan diburukkan lagi apabila penganjur gagal menyuraikan trafik kerana hanya terdapat satu laluan untuk masuk dan keluar dari kawasan stadium itu.

 Seorang daripada penduduk di sebuah taman perumahan di Batu Kawan, Mohd Zaidi Ibrahim, 45, berkata beliau sekeluarga yang pulang daripada membeli-belah di Seberang Jaya sangkut dalam kesesakan itu lebih empat jam.

 "Tindakan penganjur mengadakan perhimpunan di sini menyusahkan orang ramai dan penduduk Batu Kawan, mereka langsung tidak peduli keadaan lalu lintas dan hanya membiarkan peserta meletakkan kenderaan sesuka hati.

"Ada juga peserta yang meletakkan kenderaan mereka di tengah jalan raya dan itu memburukkan keadaan. Kami penduduk di sini sangat kecewa kerana perhimpunan berkenaan menyusahkan orang ramai," katanya kepada Bernama di sini, awal pagi ini.

Perhimpunan haram bagi membantah keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 itu dihadiri pemimpin pakatan, antaranya Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng; Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu. Bagaimanapun, perhimpunan itu tidak menyaksikan kehadiran pasukan polis beruniform termasuk unit trafik.

 Sementara itu, Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh dilihat begitu terdesak apabila terus menghasut rakyat untuk menyertai perhimpunan pakatan yang akan diadakan di seluruh negara. Beliau juga dilihat menanam sentimen kebencian apabila mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) gagal melaksanakan pilihan raya yang bersih dan adil. - BERNAMA

Post a Comment