#DAPRacist Momokkan #BN4Unity Elak Tayangan Tanda Putera dan Drama Interlok


DAP hari ini dilihat ketakutan dan menggesa kerajaan menghentikan tayangan filem kontroversi Tanda Putera dan drama siri Interlok serta mempersoalkan sama ada penayangan dua karya seni tersebut sebagai “hukuman kepada komuniti India dan Cina yang tidak menyokong Barisan Nasional (BN)” dalam pilihan raya lepas.

Naib Pengerusi DAP M. Kulasegaran menegaskan tayangan kedua-dua filem dan drama siri TV itu perlu dihalang sekiranya BN ikhlas untuk memperjuangkan perpaduan kaum di negara ini.

Adakah tayangan Interlok untuk mengajar masyarakat Cina dan India kerana tidak menyokong BN dalam pilihan raya umum?” soal ahli Parlimen Ipoh Barat itu dalam kenyataannya hari ini.

Saya ingin memberi amaran kepada kerajaan BN sekiranya mereka ingin menghukum pengundi disebabkan mereka tidak menyokong BN, akan ada Tsunami Malaysia yang lebih kuat menentang BN dalam pilihan raya akan datang,” tegasnya.

Dengan komuniti India menentang penggunaan buku tersebut, kumpulan Cina juga jelas menyatakan tentangan mereka terhadap isi kandungan buku tersebut,” kata Kulasegaran.

Saya menyeru Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) menerima kehendak orang ramai - membatalkan tayangan Interlok dan penayangan Tanda Putera yang menerima kritikan ekoran silap memaparkan keadaan sebenar insiden 13 Mei,” tegasnya.

 “Perpaduan nasional dan keharmonian kaum perlu diutamakan daripada kepentingan parti,” tegasnya lagi.


Post a Comment