KSU TERHebat Sambung LAGI Perkhidmatannya Kerana Napoleon Kecil?


RAMAI yang bertanyakan mengapa terdapat seorang Ketua Setiausaha (KSU) di sebuah kementerian asyik disambung perkhidmatannya walaupun telah bersara. Hebat sangatkah prestasinya hinggakan tiada pegawai kanan lain yang layak menggantikan beliau.
 
Awang tiada jawapan. Soalan seperti itu patut ditujukan kepada Ketua Setiausaha Negara (KSN), Ali Hamsa.
 
Isu membabitkan KSU itu sudah lama menghantui banyak pihak terutama kakitangan dan pegawai di kementerian berkenaan. Jika dibuat undian sulit sama ada wajar KSU itu dikekalkan, majoriti pasti mahukan perubahan.
 
Malangnya, setakat ini, suara dan harapan mereka tidak dapat difahami dan diambil kisah oleh pihak atasan.
 
Siapa KSU itu? Tidak perlu Awang sebutkan tetapi dalam kalangan pegawai kanan perkhidmatan awam, ramai yang boleh mengagak siapa orangnya.
 
Menjadi desus-desus bahawa KSU itu mampu bertahan lama di sebalik beberapa kontroversi kerana dilihat begitu elit dan berkuasa laksana Napoleon kecil. Menteri pun boleh tunduk.
 
Pertanyaan susulan Awang, mana lebih utama - imej sektor perkhidmatan awam atau menjaga kepentingan seorang KSU yang pada hakikatnya telah pun bersara. Ali Hamsa tentu ada jawapannya.
Awang Selamat Utusan

Post a Comment