[PEMILIHAN PAS DIHANTUI JALUR KERAS] Cukup Untuk Dedahkan Ramai Pemimpin PAS Syiah


Sebuah kumpulan hak asasi manusia hari ini mengaitkan Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dengan kempen "jalur keras" menjelang muktamar pemilihan PAS dengan menggunakan isu kemazhaban dalam Islam. 

Mengulas kenyataannya bahawa Syiah berpotensi menjadi fahaman berbahaya, Setiausaha Agung AsSajjad Movement Husin Sajjad menyifatkan tindakan itu tidak sihat dan tidak bertanggungjawab. 

"Adalah dipercayai, kata-kata beliau ‘tidak akan membiarkan pengaruh Syiah berkembang dalam parti itu sendiri' merupakan satu modal kempen awal oleh blok ‘Islam keras'," dakwa Husin. 

Mohd Amar pada 14 Jun lalu dilapor menggesa semua pihak berperanan serius memastikan fahaman Syiah tidak menular dan masyarakat Islam mesti mengukuhkan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) bagi mengelak kesan buruk sebagaimana yang kini berlaku di Syria. 

Timbalan pesuruhjaya III PAS Kelantan itu juga berkata, ulama Syria pernah mendedahkan kekesalan kerana membiarkan golongan Syiah Alawiyah yang merupakan penduduk minoriti menguasai tampuk pemerintahan negara, sekali gus menindas penduduk majoriti yang berfahaman ASWJ. 

"Kumpulan Syiah ini apabila mereka 'di atas' (berkuasa), mereka menekan orang-orang Sunni," beliau dipetik sebagai berkata kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah pagi di hadapan pejabat PAS Kelantan di Kota Bahru.

Post a Comment