[Selepas PRU13] 40,000 pengundi hantu bangla diserap jadi Buruh atau balik bangladesh pakai ilmu ghaib?



Sebelum PRU13, kecoh sana sini, BN terbangkan 40,000 Bangla untuk menangkan BN, tapi hari ni senyap sunyi. Yang ada cuma tuduhan jer. Persoalannya, dah habis mengundi, bangla ni pi mana? Terus diserap jadi buruh taukey cina DAP ker? atau balik bangla pakai ilmu ghaip?

PKR sebelum ini juga dilihat mempertahankan dakwaan warga asing dari Bangladesh telah mengundi secara haram pada Pilihan Raya 2013 walaupun penafian telah dibuat oleh Kedutaan Besar negara itu semalam di sini, menegaskan mempunyai bukti untuk menyokong dakwaan mereka.

Parti tunjang Pakatan Rakyat (PR) itu menambah, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu bertanggungjawab untuk permusuhan yang ditunjukkan terhadap pekerja asing Bangladesh kerana kegagalan untuk menangani aduan pengundi hantu, mengukuhkan tuduhan kerajaan telah memenangi pilihan raya 5 Mei melalui penipuan.


"Kita terima kenyataan mereka, mereka punyai hak tetapi kamu perlu tanya soalan ini: jika majoriti rakyat telah bercakap tentang ini dalam waktu yang lama, saya tidak fikir rakyat biasa Malaysia akan pergi dan membuat cerita tanpa apa-apa dan yang lebih penting ialah integriti pilihan raya adalah suci dan begitu penting kepada negara kita.

"Cara saya melihat ia adalah jika terdapat sebarang dakwaan mengenai pengundi hantu sama ada mereka adalah warga Bangladesh, Indonesia, Filipina ... apa yang lebih penting adalah pihak berkuasa dan pihak-pihak yang bertanggungjawab untuk itu seperti SPR perlu mengambil serius dan menyiasat sepenuhnya.

"Tetapi mereka enggan menyiasat jadi ianya memperkuatkan lagi persepsi terdapat pengundi hantu dari luar negara," kata pengarah strategi PKR Rafizi Ramli (gambar) dalam satu sidang akhbar di ibu pejabat parti di sini.

Semalam pemerintah Bangladesh menafikan wujud pengundi hantu daripada kalangan rakyat negara itu pada pilihan raya umum 5 Mei lalu, walau bagaimanapun mengakui terdapat pemberian kad pengenalan melalui proses secara sah.

Pesuruhjaya Tinggi AKM Atiqur Rahman berkata dakwaan kehadiran 40,000 pengundi warga Bangladesh diterbangkan untuk mengundi Barisan Nasional (BN) seminggu sebelum pilihan raya 5 Mei sebagai tidak munasabah.

Menurut Atiqur lagi, dakwaan tersebut adalah palsu dan bertujuan untuk kepentingan politik semata-mata pihak tertentu untuk meraih sokongan sehingga mencalar imej hubungan antara kerajaan Bangladesh dan Malaysia.

Post a Comment