[Tiket Bas] SPAD TOLAK KENAIKKAN 30 PERATUS : BENARKAN SURCAJ 10 PERATUS MUSIM PERAYAAN INI

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menolak permintaan Persatuan Pengusaha Bas Seluruh Malaysia (PMBOA) untuk menaikkan tambang sebanyak 30 peratus pada musim perayaan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, pihaknya bagaimanapun bersetuju untuk membenarkan pengusaha bas mengenakan caj tambahan (surcaj) sebanyak 10 peratus pada musim perayaan tersebut selepas mengambil pelbagai faktor.
“SPAD memandang berat tindakan pengendali bas ekspres enggan menjual tiket bagi musim perayaan akan datang. Mereka tidak seharusnya mengambil kesempatan semasa musim perayaan untuk mendesak SPAD menaikkan harga tiket sehingga 30 peratus.
“Permintaan ini agak mustahil ditunaikan sebelum hari raya kerana proses perundingan dan kajian komprehensif masih dijalankan. Namun SPAD prihatin dan sedia maklum di atas peningkatan kos operasi yang ditanggung oleh mereka.
“Sehubungan itu SPAD bersetuju supaya pengendali bas ekspres mengenakan surcaj 10 peratus bagi musim perayaan yang bakal menjelang nanti,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Post a Comment