Pemimpin bukan Islam DAP, Dr Ong Kian Ming berazam untuk berpuasa sebulan pada Ramadan kali ini dan percaya produktivitinya meningkat kerana tidak perlu menghabiskan waktu untuk makan tengah hari.
Ahli Parlimen Serdang beragama Kristian itu mahu berpuasa sebagai solidariti kepada umat Islam di Malaysia, malah sudah berpuasa sejak tiga tahun walaupun tidak penuh.
"Menanti untuk berpuasa semasa Ramadan, pertama kali saya cuba untuk berpuasa penuh," tulis Ong melalui akaun Twitternya @imokman, malam tadi.
"Harapan saya, kali ini dapat berpuasa penuh seperti rakan Islam dengan mengambil sedikit makanan seperti buah-buahan pada sahur dan meneruskan perjuangan berpuasa sehingga ke Maghrib," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Beliau berkata, objektif puasanya sama seperti umat Islam lain iaitu untuk mengawal nafsu dan merasai susah-payah rakan Islam mengharungi puasa pada Ramadan.
Bagi merai kemeriahan berbuka puasa, beliau bercadang menghadiri beberapa majlis berbuka puasa termasuk bersama wakil rakyat lain di Parlimen.
"Hari pertama Ramadan, saya akan berbuka puasa di Parlimen bersama ahli parlimen lain dan pada minggu depan pula, saya mahu berbuka puasa bersama rakan-rakan beragama Islam.
Cara mudah DAP berkempen yang pastinya akan mencairkan iman pak lebai PAS yang kononnya DAP telah mula menerima Ajaran Islam yang ditonjolkan PAS.
Modus operandi yang mudah, berpuasa atau berpura-pura puasa dihadapan orang Islam dengan hanya perlu diuwar-uwarkan dalam twitter, masa berbuka dapatlah berbuka bersama orang melayu/Islam yang berbuka. Berbekalkan gambar dan berita dari paper Harakah, maka imej DAP pastinya melonjak tinggi.
Dalam diam juga, DAP yang unggul di dewan rakyat telah dengan beraninya mencadangkan supaya Perkara 12 (4) Perlembagaan Persekutuan berhubung status agama kanak-kanak di bawah usia 18 tahun dimansuhkan. Maka jadinya Jika Ibu bapa Islam, tidak semestinya anaknya pun Islam. Anak bebas nak Islam ke, apa ke...ermm... Mudahnya DAP..
Post a Comment