Hari ini kita digemparkan dengan pendedahan gambar-gambar yang menunjukkan beberapa pelajar bukan Islam konon-kononnya makan di dalam tandas/bilik air sekolah sepanjang bulan ramadhan..
Maka ramailah yang marah-marah dengan bermacam kutukan terhadap guru besar sekolah Seri Pistana,Sungai Buloh..
Memang kita patut marah pun jika guru besar berkenaan mengarahkan pelajar bukan Islam makan di waktu rehat di dalam tandas/bilik air sekolah...
Tapi apa yang silap adalah gambar tersebut di sebar tanpa ada penjelasan secara menyeluruh..
Sebenarnya,pelajar-pelajar bukan Islam berkenaan bukanlah makan di dalam tandas tetapi di dalam bilik persalinan pelajar di sekolah berkenaan...
gambar berikut mungkin dapat menjelaskan..
Cuma bilik persalinan ini berdekatan dengan kawasan tandas..
Yer.. ramai yang tanya kenapa di asingkan sedemikian rupa..
kenapa tak makan di kantin sahaja..?
Difahamkan bahawa kantin sekolah di tutup kerana masih dalam pengubahsuaian sejak awal ramadhan dan pihak sekolah bimbang sekiranya pelajar dibenarkan makan di kantin dibimbangi pelajar akan mendapat kecederaan ketika berada di kantin..
Pelajar bukan Islam di Sekolah berkenaan adalah seramai 26 orang,di mana pelajar berbangsa Cina seramai 3 orang manakala pelajar berbangsa India seramai 23 orang..
Post a Comment