JOM BELAJAR SIFIR #KualaBesut 9022+911 = 9934 #KualaBesutMemilih

Setakat jam 12 tengahari tadi, jumlah keseluruhan keluar mengundi 9022 undi tambah jumlah undi awal 911 undi membawakan jumlah keseluruhan 9934 undi atau 56.18 %. Lebih kurang 5 jam lagi masa yang ada bagi pengundi untuk menunaikan tanggungjawab memilih bagi PRK Kuala Besut yang berlangsung hari ini. Jika jumlah keluar mengundi berjaya mencecah 75 % dan ke atas, aku umumkan BN mengekalkan DUN Kuala Besut ini sekaligus menidakkan kempen 16-16 PAS yang dicanang sejak 12 Julai 2013. 12 hari kempen telah berlalu, hari ini hari memilih, ayuh pengundi Kuala Besut kita keluar mengundi.

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Post a Comment