[THE NEW VILLAGE] Cubaan Si Mata Sepek Untuk Mengubah Sejarah Kemerdekaan Negara


Sejak isu filem The New Village menjadi topik perbualan minggu ini, perbahasan mengenai peranan komunis dalam perjuangan kemerdekaan negara kembali berlegar di ruang maya ini.

Hujah penyokong komunis ialah mereka juang mengangkat senjata menentang penjajah Jepun dan British, justeru adalah wajar mereka juga dianggap sebagai pejuang kemerdekaan. Memang benar mereka mengangkat senjata menentang penjajah, namun matlamat utama perjuangan Parti Komunis Malaya bukan untuk memerdekan tanah Melayu tetapi menegakkan ideologi komunis di Tanah Melayu.

Gerakan Komunis Malaya dibuat oleh Parti Komunis China. Penubuhan Parti Komunis Malaya (PKM) pada 1930 dibuat oleh sekumpulan orang Cina di Tanah Melayu yang tidak berpuas hati dengan Inggeris. Kebanyakannya ialah guru-guru sekolah Cina dan mereka yang bekerja sebagai buruh kasar. Mereka berpendapat British menindas mereka kerana lebih mengutamakan kaum cina yang berpendidikan Inggeris.

PKM bertujuan untuk menjatuhkan British dan menubuhkan sebuah kerajaan komunis berkiblatkan China. Keseluruhan mereka ialah kaum imigran dari China. Sehingga tahun 1933, PKM mendapat arahan langsung daripada parti komunis China. Kemudiannya pentadbirannya dikendalikan oleh Biro Komunis Timur Jauh sehingga 1943. Bagaimanakah parti kaum imigran yang bercadang menukar British kepada kerajaan komunis China dianggap pejuang kemerdekaan?

Sekiranya mereka menang sudah tentu tanah Melayu akan dijajah oleh komunis China pula.

Kiblat PKM kepada negara China jelas melalui perang dunia kedua. Apabila China berperang dengan Jepun, PKM telah bekerjasama dengan British untuk melawan Jepun di Tanah Melayu. Peperangannya dengan Jepun bukan kerana ia mempertahankan Tanah Melayu tetapi kerana China berperang dengan Jepun. Ia juga kerana Jepun banyak menyeksa kaum Cina.

Apabila Jepun kalah dan British kembali ke Tanah Melayu, PKM mengambil keputusan menentang British dengan gerakan bersenjata. Bagi menarik sokongan orang Melayu, PKM telah melaungkan slogan kemerdekaan Tanah Melayu.

Penulis tidak mahu memainkan unsur perkauman, namun bagaimanakah sebuah parti kaum imigran boleh mengakui mereka berjuang ke arah kemerdekaan Tanah Melayu? Majoriti orang Melayu menolak gerakan pembebasan Tanah Melayu melalui ideologi komunis. Hanya segelintir yang tertipu dan terpengaruh dengan gerakan palsu komunis ini.

Niat dan matlamat sebenar PKM ke atas Tanah Melayu terbukti apabila mereka terus berperang dan mengganas bukan sahaja ke atas British tetapi juga kerajaan pribumi di negara ini selepas 1957. Jika mereka hanya berjuang untuk kemerdekaan negara, bukankah mereka sepatutnya meletak senjata sebaik Malaysi diisytihar merdeka pada 1957?

Malangnya mereka terus membunuh rakyat Malaysia sendiri sehingga puluhan tahun selepas merdeka. Apakah mereka ini layak dipanggil pejuang kemerdekaan?

Aneh sekali, selepas lebih 50 tahun merdeka merdeka ada lagi orang tidak dapat bezakan antara perjuangan membebaskan tanah air dengan perjuangan menegakkan ideologi politik negara lain. Adakah kita akan merdeka atau berada di bawah kuasa komunis China jika Parti Komunis Malaya berjaya menghalau British?

Post a Comment