PAS GAGAL TUTUP MULUT Kontraktor Kelas A #KualaBesut #kbesutkini

Tanpa menghiraukan sesiapa calon Pas Azlan Endut berkata, sebagai calon beliau akan terus berkempen, bercakap dan menerangkan, termasuk kepada pihak media.
Sebagai calon,katanya, beliau perlu menemui semua orang dan berkata-kata, memberi penerangan, bercakap kepada media dan sebagainya. Malam tadi penulis berkesempatan bercakap-cakap (berbual) dengan calon Pas, Azlan di pekan Kuala Besut selepas beliau menemui beberapa orang awam yang sedang menjamu selera di beberapa buah kedai di pekan berkenaan.
Bila ditanya tentang soalan ‘tutup mulut’ , Azlan berkata, sebagai calon, saya masih bercakap dan menerangkan kepada orang ramai. “Tadipun saya berceramah dan saya juga adakan sidang media di markas operasi Pas,” katanya. “Saya berserah kepada Allah…segala-galanya saya serah pada Allah” kata Azlan atas isu kena tutup mulut itu.
Oleh itu segala usaha untuk menutup mulut atau memantau percakapan calon Pas itu oleh pihak tertentu dalam pimpinan Pas menemui kegagalan.
Untuk rekod, sebelum ini, Pengurus kempen Kontraktor Kelas A, Hanafiah Mat yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Cukai memainkan peranan itu sejak hari pertama kempen berlangsung ketika media berkumpul di markas PAS dalam sidang akhbar bersama calon.
"... saya tak suka dia membuat kenyataan... semua kenyataan akhbar mesti datang daripada pengarah pilihan raya (Pas) atau saya sahaja," kata Jurucakap Abe long Kontraktor.

Post a Comment