Sepantas Kilat #AnwarIbrahim Fail Notis Rayuan #PRKKajang Hari INI!!



Apabila fail rayuan cepat betul. Tidak tunggu atau bertangguh lagi.

Ia dilakukan tanpa berlengah 

Ketika didesak untuk dibicara sebelum ini ada saja alasannya. Sengaja mahu lewat-lewatkan perbincaraan. Sampaikan 60 kali tertangguh perbicaraan Mahkamah.

Itulah sikap Anwar Ibrahim dan pasukan peguamnnya. 

Pagi ini Anwar Ibrahim yang dijatuhkan hukuman lima tahun penjara selepas didapati bersalah meliwat pembantunya memfailkan notis rayuannya.

Peguamnya, Ramkarpal Singh memfailkan kertas itu di Mahkamah Rayuan dan memberikan salinannya kepada Mahkamah Perseketuan.

Ramkarpal berkata, notis rayuan itu difailkan hari ini tanpa berlengah sebagaimana yang diarahkan Mahkamah Rayuan.

Mahkamah Rayuan mendapati Anwar bersalah selepas membenarkan rayuan Putrajaya untuk mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi Januari 2012 lalu.

Pihak pembela akan memfailkan petisyen rayuan selepas Mahkamah Rayuan menyiapkan sebab-sebab ke atas penghakimannya.

Sementara itu pembantu Anwar, Ibrahim Yacoob membayar wang jaminan RM10,000 bagi membolehkan Anwar bebas sehingga keputusan Mahkamah Persekutuan diperoleh ke atas rayuannya.

Bagaimanapun, kelibat Anwar tidak kelihatan untuk menandatangani jaminan itu walaupun mahkamah mengarahkan beliau memenuhi semua formaliti jam 11 pagi ini.

Beliau dikatakan masih berada di Parlimen.

SUDAHLAH RASUAH MINYAK MOTOR : FITNAH BN BAKAL BAGI DUIT RAYA PULAK #KualaBesut #KualaBesutMemilih


Sedap sungguh jadi Parti Islam. Fitnah halal di bulan puasa. Sudahlah rasuah terang-terangan, kini fitnah kononnya BN bakal beri Duit Raya kepada pengundi Kuala Besut. Menurut sumber, kempen kotor ini dilakukan selepas PAS mula menyedari yang kempen 16:16 mereka tidak mendapat perhatian pengundi Kuala Besut yang rata-rata telah bijak untuk memilih 24 Julai ini. 

Untuk Rekod, BN dijangka Bakal memenangi di hari pemilihan Kuala Besut besok dengan 2000 undi. Terkini juga, semua jurukempen PAS yang diimport sudah ada yang mula pulang. Semoga doa k.o BN oleh PAS dibalikkan kepada K.O. PAS bermula di Kuala Besut...

PAS Bagi Sedekah Kepada Fakir Miskin Yang BerMOTOR di #KualaBesut #KualaBesutMemilih

Ini Sedekah sempena Ramadhanla.. Bukan Rasuah Politik PRK Kuala Besut. Saja je bagi sedekah setelah puas pungut tabung tin milo sepanjang ceramah tetiap malam. Mana ada salah. Memang telah tertulis dalam kitab Pas, bahawa bila tiba bulan puasa, dalamnya ada Pilihanraya maka kena bagi sedekah Minyak Motor. Jangan pikir rasuah, kalu rasuah hanya UMNO/BN jer yang buat. Takkanla parti Islam nak rasuah. Parti Islam PAS dipimpin oleh ulama tau. Ulama PAS Fatwakan bahawa ini adalah sedekah jariah. 

So terima je sedekah ini dengan niat :

"Sahaja aku sedekah minyak motor fulltank khas buat mereka yang berumur 21 tahun ke atas kerana nak menang undi besok demi mendapatkan kuasa atas dunia sementara ini"

Takbir!
Takbir!
Takbir!


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

PAS TERDESAK RASUAH MINYAK PETROL BUAT PENGUNDI #KualaBesut


Mengetahui Kempen PRK Kuala Besut sudah sampai di conner yang terakhir, Pas kini hilang arah apabila dilihat mengedarkan kempen minyak percuma besok khas buat rakyat di Kuala Besut. Kempen terdesak ini dicetuskan tanpa memikirkan adakah ini dikategorikan sebagai rasuah bagi membeli undi pada 24 Julai ini? Apapun boleh janji dapat Kuala Besut.

Seruan aku :
"Apa lagi rakyat Kuala Besut, besok jangan lupa, bawa motor masing2, pastikan tank betul2 kosong. Datang beramai-ramai dan isi sepenuh yg mungkin, bukan slalu ble rasa minyak rasuah politik PAS ni.. Free plak tew"

Jangan tetiba ada syarat nak isi minyak dah. Sebelum isi kena check pengundi atau tidak. Takut-takut khas buat pengundi hijau sahaja jer... Kalu Kontraktor kelas A kaya, tryler offer free minyak petrol untuk kereta.. Ada brand?


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Calon Pil Kuda 'Hadi Awang' muncul di #KualaBesut


Mohd Shamsul Mat Amin, Calon PKR N25 Bukit Besi Terengganu telah muncul di Kuala Besut. Mohd Shamsul mengakui menghadapi kemurungan, kurang keyakinan diri dan menjatuhkan maruahnya akibat tuduhan Haji Hadi dalam ceramahnya sebagai "Calon PKR Jual Pil Kuda Sokong Komunis" pada PRU yang lalu.

Shamsul hari ini mengakui terdapat orang ramai yang pandang serong dan enggan bersalam dengannya apabila dihulurkan salam dan akan memfailkan kes fitnah ini ke mahkamah dalam masa terdekat terhadap tuduhan Haji Hadi itu.

Berikut adalah laporan polis berhubung kes berkenaan:


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

PAS SEBARKAN GAMBAR Perdana Menteri 16:9 Sedang Menunaikan UMRAH di #KualaBesut!


Hebatnya PAS.. baru jer aku meletakkan persoalan di mana Anwar Ibrahim di posting ni.

Apa sahaja untuk PM 16:9

Terkini jentera PAS mula menyebarkan gambar Anwar sedang mengerjakan umrah ditanah suci Mekah. 

Ibadat menjadi tayangan di bulan Ramadhan...! 

PRK #KualaBesut : Dimana Perdana Menteri 16:9?


Kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kuala Besut yang sudah masuk hari ke-9 hari ini masih tenang dan penduduk setempat pun masih selesa meneruskan kehidupan harian seperti biasa seolah-olah tiada apa-apa yang menarik sepanjang kempen berlangsung.

Kecuali, ada satu dua perkara berkaitan PRK yang sedikit mendapat perhatian penduduk Kuala Besut ialah berkenaan rungutan mereka apabila ada beberapa surau dan masjid yang dimanipulasi oleh penyokong PAS untuk berkempen.

Begitu juga mengenai tindakan NGO pro PAS terutama dari Kelantan yang berceramah di Bazar Ramadan menyebabkan ramai yang merungut geram kerana ia dianggap satu gangguan pada penduduk untuk membeli juadah berbuka puasa.

Dalam pada itu, ada sesetengah penyokong PAS yang merupakan pengundi di Kuala Besut melontarkan pertanyaan mengenai misteri di mana Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim berada tika ini. Persoalan itu timbul berikutan jadual ceramah PAS di Kuala Besut langsung tidak menyenaraikan nama Anwar, menjadikannya satu misteri nusantara.

Ada yang membuat spekulasi nakal mengandaikan Anwar sebetulnya malu dan takut untuk menunjukkan mukanya di Kuala Besut kerana bimbang diperlekehkan kehadirannya gara-gara kelancangan mulut Ketua Umum PKR itu sebelum ini yang banyak mempertikaikan kewibawaan SPR.

Kata mereka, kot kalau Anwar bersungguh-sungguh menghambur kempen nista di atas pentas untuk membantu calon PAS yang proksi Husam itu tapi kemudian keesokannya jadi bahan kempen oleh BN dan dijadikan pula bahan senda gurau penduduk tempatan, haru dibuatnya.

Rasanya logik juga andaian mereka, lagi pun hanya orang gila meroyan yang tak tahu malu saja sanggup datang berkempen dalam pilihan raya yang dikendalikan oleh SPR yang dianggapnya sebagai penipu dan tidak telus dalam mengendalikan PRU-13.

Dalam Islam pun ada disebut, malu itu sebahagian dari iman. Sebab tiada iman maka Penasihat DAP, Lim Kit Siang dengan selambanya datang semasa penamaan calon sebagai tanda menyokong PAS meski pun hampir dua minggu sebelumnya anak lelaki sendiri meminta PRK DUN Kuala Besut diboikot.

Tapi Anwar tak macam Kit Siang sebab Anwar seorang muslim, cuma penulis ada sedikit was-was samada jenis manusia muka tembok macam Anwar ni reti kena apa itu perasaan malu? Ikut pada sejarahnya sejak dulu dan kini sama je perangai Anwar, selalunya soal malu belakang kira.

n9kini.net

Kata Berpakat.. mananya PM anwar?

3 Ostad Celebrities GAGAL BERI TARIKAN : PAS UMPAN CABUTAN BERTUAH MOTOR dan Hamper #KualaBesut






3 Ostad yang sangat terkenal. Ostad Bob Lokman, Ostad Zamri TV9 dan Ostad Leman Raja Lawak masih gagal menarik rakyat sekitar Kg. Baru, Kuala Besut ini bagi menghadiri forum yang berlangsung semalam. PAS dilihat menggunakan umpan sebuah motorsikal bersticker 'R' bagi menarik perhatian rakyat untuk terus leka mendengar dendangan para celebrities yang dijemput khas bagi memburukkan umno/bn.

Tidak cukup dengan motor, PAS dilihat turut menyediakan air hijau dan colek kepada semua hadirin yang hadir bagi mendengar forum mereka. Forum yang diilihat digerakkan oleh YB mereka dari Selayang bersama unit amal Selayang itu memang meriah apabila rakyat mula serbu colek yang disedia semasa panel-panel ostad sedang menyimpulkan usul undilah PAS diakhir ceramah mereka.

Leman Raja Lawak Mengaku 'HILANG MATA PENCARIAN' Selepas Masuk PAS TAPI KINI PAKAI CAMRY di #KualaBesut?




Semalam di atas pentas ceramah PAS, Kg. Baru. Leman menceritakan bagaimana dia mula berjinak-jinak dengan agenda PAS dalam memomokkan rakyat bahawa dia lebih mengenali Islam dan tidak melakukan perkara yang sia-sia dalam hidupnya dengan berdakwah dalam PAS. Leman yang di'Ostad'kan PAS mengakui yang dia hilang mata pencarian sejurus selepas menghantar borang menyertai PAS. "Gelap dah masa depan aku, job takde, duit takde" katanya.

Namun penceritaannya umpama berhenti disitu sahaja selepas wakil PAS kol. Offer jadi penceramah dan komposer bagi membuat lagu-lagu memburukkan UMNO/BN.  Tambahnya, Kelebihan yang ada dalam dirinya untuk berceramah dan membuat lagu digunakan untuk menyedarkan orang ramai. Timbul persoalan, Berapa PAS bayar hingga orang yang takde pendapatan selepas masuk PAS boleh berjaya hidup kembali kehidupannya. Terkini, Leman dilihat hadir berceramah sekitar Kuala Besut menaiki Toyota Camry. Dari mana datangnya camry ini?

Leman yang mengakui kini bergelar Presiden Angkatan Belia Bersama Ulama' sangat aktif berdemo sana-sini. Dana mana dia guna untuk menampung kehidupannya? Pergi berdemo, berceramah seluruh negara secara 'free'? Yerla kerja amalkan. Dia juga berkongsi, dengan cara membuat lagu memburukkan umno/bn, dia dapat mengangkat Islam ke arah yang paling tinggi.

HOT Tayangan UMUM Suami Muda!! GAMBAR Ostazah Abby HoneyMOON di #KualaBesut

Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 35 bersama suami Muhammad Noor Farhan Che Bakar yang 11 tahun lebih muda daripadanya...

Tiada lagi daya.. PAS tiada pilihan untuk mengimport artis bagi membentuk nilai Islamnya di hadapan pengundi muda Kuala besut. Selepas penampilan kempen oleh artis yang sudah tidak berapa laku yakni Leman Raja Lawak dan Zuar XPDC dilihat hambar, PAS mengambil peluang membawa pasangan artis yang sedang hangat berHoneyMOON bagi berkempen disaat-saat akhir proses meraih undi ini. Ostazah Abby yang ternyata masih bergetah berjaya menarik ore muda besut untuk melihat dengan lebih dekat tayang umum suami mudanya yang baru dinikahinya. Apapun aku suka kata-kata makcik peniaga kedai makan berdekatan ceremah PAS.

"Apa salahnya kalau kita orang miskin terima bantuan, terima kemudahan dari kerajaan. Kerajaan yang baik macam itu kita sokonglah.

"Kita pilih kerajaan bukan untuk pilih syurga neraka. Rasanya ikan cerdik tak makan umpan ceramah sahaja,''

TERKINI PRK #KualaBesut : PAS SEMAKIN LEKA KEMPEN 'DUN dan KERAJAAN TERGANTUNG'


Menurut Husam yang juga Naib Presiden Pas, jika kemenangan dicapai, itu bermakna kerusi DUN akan terikat 16-16, dan Pas mengambil pendekatan populis, kononnyaakan terus membiarkan BN terus menerajui kerajaan negeri selepas ini.

"Kerajaan Terengganu (pimpinan BN) masih boleh kekal lagi pada masa itu.

kecualilah kalau dia (BN) pilih cara lain (untuk berkuasa).

"Kami mempunyai peranan yang konstruktif untuk mencadangkan pengurusan pentadbiran negeri yang berorientasikan ke arah kebaikan rakyat,'' katanya.

Ini meredakan kelantangan nada keghairahan para penceramah tentang merebut kuasa dan ternyata idea itu disahut oleh Abdul Hadi yang dalam ceramahnya semalam dengan berkata Pas hanya ingin memastikan hanya apa yang dianggap baik untuk rakyat dilakukan oleh kerajaan BN jika kedudukan kerusi dalam DUN seimbang kelak.

Pada PRK ini, Pas meletakkan matlamat untuk mewujudkan situasi 'DUN tergantung' dan pendekatan populis digerakkan untuk menarik perhatian pengundi agar tidak lokek untuk memberi kemenangan kepada Pas agar jumlah kerusi seimbang.

DUN Terengganu mempunyai 32 kerusi yang menyaksikan BN menguasai 17 Kerusi manakala pakatan pembangkang memiliki 15 kerusi (Pas 14, PKR satu) selepas PRU-13 lalu.

Situasi sebegini mungkin menyeronokkan pembangkang untuk mereka berpolitik sepanjang masa tetapi pastinya memberi kesan kepada rakyat apabila sebuah `kerajaan tergantung' dan keadaan yang tidak menentu.

Tentunya gerak kerja kebajikan untuk rakyat yang begitu hebat selama ini boleh direncatkan begitu sahaja apabila segla kebaikan yang disalur dan dihulur sekadar cuba digambarkan dengan gula-gula rasuah atau umpan kail.

Menurut Husam, parti itu sudah bersedia untuk melalui suasana politik baru nanti dengan pelan komprehensif jangka panjang meliputi aspek ekonomi dan pembangunan sosial di Terengganu semasa.

Namun apakah pelan yang serupa digerakkan oleh Husam yang mempunyai cengkaman pengaruh kuat sepanjang era pemerintahan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kelantan, sekurang-orang tentang nasib nelayan dan orang Kuala Besut pastinya lebih tahu membezakan.

Ketika Pas memilih Husam bersama jentera parti itu dari Kelantan untuk memacu gerak kempen, orang Besut dengan nilai dan norma yang sedikit berbeza, selama ini memperlihatkan mereka tidak terpengaruh dengan perkembangan politik di negeri jiran itu. Mereka bukan jenis ikut-ikutan kerana telah memberi kemenangan kepada BN bagi semua kerusi.

Seorang ibu yang menguruskan kedai makan di pinggir jalan di kampung Nail yang menjadi markas Pas mempunyai ulasan menarik selepas mendengar ceramah Abdul Hadi di pentas malam tadi.

"Apa salahnya kalau kita orang miskin terima bantuan, terima kemudahan dari kerajaan. Kerajaan yang baik macam itu kita sokonglah.

"Kita pilih kerajaan bukan untuk pilih syurga neraka. Rasanya ikan cerdik tak makan umpan ceramah sahaja,'' katanya bersahaja.

Husam yang cuba menggerakkan pembinaan lebuhraya di Kelantan dengan duit tabungan melalui sumbangan derma mungkin mahu menyambung impiannya ke Kuala Besut. Mungkin ada yang ingin bertanya sudah beberapa meter panjangnya kini?


BN Leading Undi Awal Yang Bermula Pagi Tadi #KualaBesut

Pengundi awal di TUDM Gong Kedak, Kuala Besut melaksanakan tanggungjawab masing-masing

Alhamdulillah. Besut bertambah biru apabila aku mendapat maklumat awal BN telah kedepan berbanding 'bulan' bagi undi awal yang berlangsung hari ini. Undi awal yang bermula pagi tadi berlangsung dengan aman tanpa sebarang insiden yang tidak diingini. Maklumat awal pagi tadi juga tiada kes dakwat kekal yang hilang. Bertambah tertekanlah puak pakatan reban. Berikut adalah gambar proses pengundian pagi tadi.

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Bila Kontraktor Kelas A Bercakap Takbur dan Riak !! #KualaBesut #kbesutkini @Besutlening


Selepas kontroversi yang dicetuskan oleh Calon PAS Kuala Besut melalui kenyataannya yang dikatakan berhasrat untuk menswastakan jawatan wakil rakyat, Che Long kini tampil pula dengan sebuah lagi kenyataan seolah-olah memperlekehkan kontraktor-kontraktor lain di Kelantan.
Apa yang menariknya, beliau mendakwa bahawa beliau merupakan kontraktor kelas A yang terbaik pernah ada di Kelantan berbanding kontraktor-kontraktor lain.
Antara hujahnya ialah kerana mampu menyiapkan projek “Deferred Payment” yang bernilai hampir RM11 juta biarpun hanya berkelulusan rendah.
Istilah “deferred payment” adalah merujuk kepada projek yang harus disiapkan terlebih dahulu sebelum mendapat bayaran penuh dari klien. Klien yang dimaksudkan pula adalah Yayasan Islam Kelantan bagi menyiapkan Maahad Sains Tahfiz d Daerah Kusial Kuala Krai, Kelantan.
Pendapat mengatakan tujuan Che Long memberi kenyataan dan hujah sedemikian adalah untuk mengukuhkan kepercayaan orang ramai terhadapnya.
Selain itu dakwaaannya  menunjukkan beliau adalah seorang yang mampu dari segi kewangan dengan tunai di tangan sebanyak RM11 juta untuk menyiapkan projek berkenaan tanpa perlu mendapatkan bantuan kewangan dari mana-mana institusi.
Persoalan yang meniti di bibir ahli ahli perniagaan yang pernah mengenalinya  setelah menilai rekod syarikat pembinaan, dakwaan beliau  banyak yang menimbulkan keraguan.
Pada mereka, sepanjang 10 tahun penglibatan Che Long di dalam perniagaan beliau, keuntungan yang mampu dijana syarikat beliau adalah hanya sekitar RM 5 juta hingga RM8 juta.
Lebih-lebih lagi, kadar keuntungan yang dicatat adalah sebelum cukai sebanyak 15%.
Jadi, di manakah wang RM11 juta diperolehi oleh Che Long atau syarikatnya untuk menyiapkan dahulu projek tersebut atau ada sesiapa yang menaja dan membiayainya? Mungkinkah bekas Exco yang menjadi proksinya berada di belakang tadbir?
Beberapa blog telah mendesak beliau menjawab beberapa persoalan antaranya melibatkan dari mana sumber wang diperolehi dalam menyiapkan projek bernilai RM 11 juta tersebut.
Beberapa penulisan di blog juga menyifatkan beliau kemungkinan besar merupakan ‘kontraktor Ali Baba’ yang menjual projek-projek berkenaan untuk disiapkan oleh syarikat gergasi yang lain.

Terengganu Today


@abby_abadi112 DAH MENIKAH? TERKINI DIA BAKAL Bulan Madu di #KualaBesut ?


Pelakon dan penyanyi, Abby Abadi hari ini telah mengesahkan bahawa beliau telah melangsungkan perkahwinan lebih seminggu lalu.

Ya memang betul saya sudah berkahwin,” jawapnya ringkas ketika dihubungi Sinar Harian Online, sebentar tadi.

Abby atau nama sebenarnya,  Arbaiyah Abdul Manan sebelum ini pernah mendirikan rumahtangga bersama pelakon, Norman Hakim pada 2002 tetapi bercerai pada 2008.

Mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata.

Ketika diminta mengulas lanjut mengenai berita pernikahannya itu, Abby enggan mengulas lanjut.

Pasal perkahwinan itu, saya tidak boleh ulas lanjut lagi.

"Nanti saya beritahu perkembangan kerana saya sedang memandu ke Kuala Besut,” katanya lagi.

Sementara itu, melalui laman mikro Twitternya, Abby berkata, beliau telah sah menjadi isteri.

“Dipendekkan cerita, sebenarnya sudah 12 hari dia sah menjadi suami saya.

"Maaf sebab maklumkan lambat,” katanya.

"Melepasla Ostad-Ostad PAS.. "


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Edaran Grafik Pilihanraya Kecil #KualaBesut #kbesutkini @Besutlening





TERKINI : Polis Mati Putus Kaki Dirempuh Kereta #KualaBesut

Kejadian berlaku di Hadapan SK Alor Peroi, Kuala Besut lebih kurang 4.40 petang tadi melibatkan motosikal anggota polis WPV 2542 dengan kereta proton BLM TAR 9252. Kejadian berlaku semasa G/17408 FARID HASNI BIN MAMAT (33 thn) dari KONTINJEN MELAKA berasal dari Kuala Ibai Terengganu sedang membuat rondaan bersama Asp Zainal dengan menunggang motosikal. Sebuah kereta dari arah Jalan Semerak datang dengan laju memotong kenderaan lain (double line). Asp zainal yang berada dihadapan mengelak (sedikit bergesel), namun mangsa yg brada di blkg m/sikal Asp Zainal tidak sempat mengelak (bertembung), motor dan mangsa tercampak ke kiri jalan dan melanggar tembok sekolah (kaki kanan dijumpai diruntuhan tembok) manakala mangsa dan motor melambung 10 meter dari runtuhan tembok. Mangsa kemudiannya dibawa ke hospital dengan ambulan. Pemandu kereta nama Mohd Burhanuddin b Mohd 19 tahun pelajar akan ditahan untuk siasatan lanjut.

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

[Eksklusif] Gambar Pulau Perhentian menjadi BIRU sempena PRK #KualaBesut #kbesutkini @Besutlening










Antara gelagat pelacong asing yang datang ke Pulau Perhentian.


Pastinya inilah yang ditemenungkan oleh langau PAS pada posting ini. Banyak usaha pemeliharaan pulau telah diusahakan oleh kerajaan BN bagi menarik lebih ramai pelancong untuk melawati ke pulau ini. Usaha ini dilihat satu usaha murni kerana sepanjang aku menunggu bot untuk ke pulau, kelihatan tidak putus pelancong asing datang sekaligus menjana pendapatan penduduk sekitar Kuala Besut ini. Untuk rekod, Pulau Perhentian mempunyai lebih kurang 675 pengundi yang tinggal secara tetap disini dan dijangkakan kurang 100 undi bakal diberikan kepada Abe Long Kontraktor Kelas A selebihnya adalah milik BN. Apapun tarikh 24 Julai ini akan mentertemahkan lebih tepat lagi sokongan rakyat di pulau yang cantik ini terhadap kerajaan BN.