PRK #KualaBesut : Abe Long Kontraktor CANANG SPONSOR HAJI #kbesutkini @Besutlening

Che Long turut mendakwa beliau pernah membelanjakan wang RM200, 000 untuk membawa lebih 40 orang ke Makkah menunaikan ibadah haji. 
“Dan hampir setiap tahun jika ada duit lebih lagi saya hantar orang ke Makkah, yang nampak ada perubahan dan hendak kembali kepada Islam sebenar,” tambah beliau lagi.
freemalaysiatoday 


Abe Long Kontraktor bila buka mulut pastinya masalah menanti. Terbaru, Abe Long canang dirinya sponsor 40 orang ke Makkah untuk menunaikan haji menggunakan wang hasil kontraktornya bernilai RM200 ribu. Persoalannya, siapa 40 orang itu? Tentunya kroni PAS. Takkan Abe Long nak offer kepada semua rakyat di Besut.

Perlukah kita mencanang yang kita adalah penyumbang itu? Tidakkah ianya berbau takbur dan usaha untuk menunjuk-nunjuk? Kenapa 40 orang yang ditaja itu tidak menampilkan diri membuat kenyataan? Takut terkena pada kroni dan adik beradik sendiri?

Abe Long juga dalam berita yang sama mencanang, kononnya BN memberikan bantuan secara pilih bulu. Adakah Abe Long sedar, semua penerima bantuan subsidi kepada nelayan dan BR1M tidak kira ahli PAS sendiri pun turut menerimanya? 

Dan jika dikaji, kekayaan Abe Long hanya berjaya ditabur kepada 40 orang untuk menunaikan haji tanpa kita mengetahui, siapa 40 orang itu. Manakala BN memberikan bantuan dari pelbagai sudut kepada semua penerima yang layak seluruh Kuala Besut tanpa mengira parti. Adakah kekayaan Abe Long dapat menandingi jasa BN kepada rakyat Kuala Besut?

Aku CABAR Abe Long dedahkan 40 orang yang ditaja ke Haji itu. Bagi senarai nama penuh dan IC. Tentunya kroni dan ahli keluarga terdekat. Adakah ini dikira jasa Abe Long?

Post a Comment