PRK #KualaBesut : Belum Jadi 'Tok Wakil' Abe Long sudah UPAH JuruCakap? #kbesutkini @Besutlening


Ketika ditemui sekumpulan pengamal media petang semalam, Abe Long Kontraktor dilihat seakan cuba mengelak daripada menjawab sebarang persoalan yang mula berlegar dengan sikap dan pendirian sebenarnya, lalu menyerahkan tanggungjawab tersebut kepada Jurucakapnya, Hanafiah sekali lagi.

"Tunggu bagi mene (menang) dulula... tak apa... tak apa... tunggu mene dulu. Lepas tu baharu kita tengok macam mana," kata kontraktor itu yang agak keberatan untuk mengeluarkan sebarang kenyataan setelah terus mendapat sorotan media dengan pemilihannya sebagai calon.

Pengurus kempen, Hanafiah Mat yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Cukai memainkan peranan itu sejak hari pertama kempen berlangsung ketika media berkumpul di markas PAS dalam sidang akhbar bersama calon.

"... saya tak suka dia membuat kenyataan... semua kenyataan akhbar mesti datang daripada pengarah pilihan raya (Pas) atau saya sahaja," kata Jurucakap Abe long Kontraktor.

Hai Belum Jadi YB lagi Abe Long Kontraktor aka 'Bank Of Besut' sudah sub kepada jurucakap untuk menangkis segala persoalan media berhubung video beliau yang tersebar sebelum ini yang berjanji akan lantik dan gajikan orang lain untuk menjadi wakil kepada wakil rakyat supaya jalankan kerja-kerja rakyat jika PAS menang di Kuala Besut.


Post a Comment