Kecoh mengenai PTPTN akan dimasukkan kedalam CCRIS. Ini bermakna PTPTN juga akan dikira didalam pengiraan DBR individu yang meminjam PTPTN. Antara kelemahan dan kebaikannya.
Kelemahannya :
1. Pasti membebankan generasi muda selepas ini. Baru grad sudah ada CCRIS. Pasti susah juga nak buat loan lain jika bergaji kecil.
2. Makin susahlah untuk mereka membeli rumah. Dahlah harga rumah makin mahal.
3. Menyukarkan mereka untuk memaksimumkan leveraging dari pendapatan yang diperolehi.
4. Mungkin ramai yang akan tersangkut jika mereka mengabaikan pembayaran bulanan PTPTN. Maka mereka mungkin disenaraikan didalam CTOS pula.
Kebaikkan :
1. Ramailah selepas ini yang akan memastikan instalment bulanan PTPTN dibayar seeloknya. Ini dapat membantu mereka yang baru nak masuk belajar mendapat kemudahan yang sama.
2. Mereka perlu berhati-hati jika nak buat loan selepas ini. Jika sebelum ini mungkin senang nak apply credit card atau personal loan. Tapi selepas ini mungkin bank akan fikir 18 kali sebelum approvekan application mereka. So dapatlah elakkan orang muda bangkrap awal dan sekaligus generasi muda terdidik untuk menguruskan hutang-hutang mereka.
3. Apabila dah ada CCRIS record, maka senang bank track sama ada applicant ini good paymaster atau tidak. Taklah macam sekarang, graduate je kalau apply loan bank, sah-sah kena apply ASB loan atau credit card sebab nak wujudkan CCRIS record. Kalau tak ada CCRIS record macam mana nak apply loan yang lagi besar?
Ada beberapa lagi kelemahan dan kelebihan PTPTN dimasukkan kedalam CCRIS. Terpulanglah kepada kita untuk pandang dari aspek mana.
Di USA, mereka terpaksa ambil study loan yang lebih kurang sama dengan PTPTN juga. Ketika krisis subprima 2007/2008 generasi ini ramai yang tersangkut dan tak boleh bayar loan. Tapi bank dinegara mereka offer pakej yang mampu bayar seperti panjangkan tempoh atau kurangkan interest. Di negara kita? Wallahualam.
Post a Comment