Raya lepas, aku banyak jumpa kengkawan yang terpaksa berjauhan dek kerana tugas menjadi tembok besar penghalang untuk mereka berkeluarga. Ada yang hanya dapat berjumpa dikala cuti, selainnya adalah kerja buat kerajaan yang bagi aku perlu perihatin terhadap mereka. Rezeki yang dicari untuk menyara keluarga habis buat tambang untuk mereka berjumpa seminggu, sebulan sekali. Dimanakah Hak Mereka untuk merasai #KeluargaBahagia dan kita tahu mereka bekerja untuk #NafkahBuatKeluarga.
Kes Pertama, Member aku yang berpangkat kanan. Dia kini bertugas di negeri cik siti wan kembang, Kelantan, dimana isterinya bersama 3 anak kecil terumbang ambil membanting tulang bekerja dan membesarkan anak-anak mereka di Shah Alam berseorangan. Kenapa tidak kerajaan NajibRazak memberikan keutamaan kepada pegawai dari negeri Kelantan yang aku rasakan ramai lagi yang mahu pulang ke negeri Kelantan untuk pulang berkhidmat di sana. kenapa perlu menidakkan hak seorang Isteri dan 3 orang anak kecil dari suami dan bapanya?
Kes Kedua, Aku sempat singgah ke Bukit Freaser jalan-jalan di sana semasa cuti musim perayaan. Niat saja nak mencari ilham, terserempak dengan seorang kakitangan awam yang berkhidmat di Pusat Peranginan berkenaan, di mana kini bujang dalam berkahwin. Aku selamber jer tanya dia isteri kerja kat mana, dia jawab dengan nada yang agak berbaur sebak, kakitangan awam juga tapi ditempatkan di Johor. So aku tanya dia, dia makan apa di sini. Mudah baginya untuk menyebut, tapi bagi aku ianya sangat sukar untuk diterima, seorang suami yang telah mendirikan rumah tangga selama 2 tahun masih makan meggi dikala isterinya berjauhan. Adakah ini berbaloi baginya nya hanya bergajikan GRED17?
Jika cikgu ditantang bagi minyak yang penuh, nak itu, ini bagi. Nak kenaikan gaji, bagi, nak duk dekat suami isteri bagi, namun dimana hak penjawat awam lain yang juga mempunyai hak dan tuntutan yang sama? Jawatan banyak, tidakkah patutnya diberikan lebih mesra suami isteri. Tidakkah si JUSA dan TURUS diluar sana sedar? Si pegawai bawahan dengan gaji siput ini juga mengimpikan keluarga bahagia bersama anak dan isteri?
Post a Comment