Kewajipan umat Islam adalah mendirikan solat. Kewajipan seorang lelaki dalam hal bersolat adalah berjamaah, sama ada di rumah tetapi lebih afdal di masjid atau surau. Imam pula sama ada dilantik oleh kariah atau kerajaan, bergantung kepada jenis masjid atau surau. Dan kalau secara persendirian, imam biasanya dipilih dari kalangan mereka yang dihormati, mempunyai bacaan yang baik, arif dengan hukum qauli, fi'li dan qalbi serta yang lebih berusia.
Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin dalam rangka kempen untuk calon UMNO-BN di Sungai Limau telah berhenti untuk bersolat Zohor di Masjid Kampung Sungai Dedap. Lebih kurang 250 orang jemaah jadi makmum Muhyiddin Yassin.
PAS seringkali menafikan yang mereka menyuburkan budaya solat dua imam, bermufarakah ketika solat kerana fahaman dan akidah politik yang bertentangan, serta menganggap orang bukan PAS kufur dan tidak sah bersolat di belakang imam UMNO.
Namun di Masjid Kampung Sungai Dedap, perkara yang dinafikan, terbukti BENAR!
Ketika jemaah yang lebih ramai bersolat dengan berimamkan Muhyiddin Yassin, beberapa orang pengikut PAS pula berdiri tercangak-cangak dan tidak turut mengangkat takbir dan bertakbiratul ihram walaupun pada ketika itu, Muhyiddin baru berbuat demikian. Sebaliknya, para pengikut PAS tersebut menunggu-nunggu seseorang dari kalangan mereka untuk bersolat Zohor berjamaah.
Dan itulah yang mereka lakukan di saf bahagian belakang!
Dalam keadaan biasa, orang UMNO boleh berimamkan sesiapa sahaja, walaupun imam berkenaan TOTOK PAS. Bahkan 'SUBHANALLAH' yang dituturkan pada ketika imam melakukan kesilapaan bacaan pun, diperlahankan dan dilembutkan agar tidak mengganggu jemaah yang lain. Berbeza pula dengan orang PAS… bukan sahaja bermufakarah sekiranya tahu imam adalah orang UMNO, bahkan sanggup melakukan solat dua imam di dalam masjid yang sama… sepertimana yang berlaku di Masjid Kampung Sungai Dedap sebentar tadi.
Post a Comment