#PRKSgLimau : RM1.8 juta SJKC, RM200 Ribu Tabung Pendidikan Cina : Adakah Undi Cina Akan Memihak Kepada BN?



BN dilihat masih memberi muka kepada pengundi cina tanpa memikir apa yang berlaku pada PRU yang lalu. Tagih undi cina adakah bakal memberikan impak kepada kejayaan menawan Sungai Limau? 

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sama ada masyarakat Cina di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau kembali menyokong Barisan Nasional (BN) atau tidak hanya akan diketahui selepas keputusan pilihan raya kecil kawasan itu diumumkan pada Isnin ini.

Muhyiddin Yassin meluluskan peruntukan sebanyak :

SJKC Aik Min – RM1 juta

SJKC Peh Wah – RM50,000

SJKC Yok Meng – RM750,000

Tabung Pendidikan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Sungai Limau – RM200,000

Muhyiddin berkata, masyarakat Cina adalah golongan pragmatik dan memerlukan bantuan serta sokongan kerajaan termasuklah dari segi menyelesaikan masalah infrastruktur dan pendidikan.

Persoalannya, Apakah wajar Muhyiddin meluluskan peruntukan RM 2 juta untuk Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina hanya untuk memenang? Realitinya hanya ada 1,842 pengundi Cina di DUN Sungai Limau dan hampir 90% daripada mereka mengundi Pakatan Rakyat dalam pilihan raya lalu.

Cukuplah bagi bantuan kepada kaum yang tidak pernah mengenang budi. Dari pemberian hak kerakyatan hinggalah kini mereka bergelar taukey-taukey besar, apa yang mereka mahukan semua sudah ada, pembangunan, duit bertingkat-tingkat. Kini bagi kaum cina hanya satu yang masih belum mereka dapat. Kuasa politik untuk mengajar melayu bagaimana mahu mentadbir negara. 


Post a Comment