#PRKSgLimau : Analisis Realiti Sebenar Politik Keluarga


Keluarga saya ramai Umno, orang Umno pun keluarga saya. Soal perbezaan kita hanya dari segi politik, bukan sampai putus silaturahim. Saya belajaq sampai ke England,  orang Umno yang sara. Pak Teh Mat (Allahyarham Ahmad Awang @ Penghulu Mat, bekas Adun BN Sala) tu pak menakan (bapa saudara) saya.” 

- Allahyarham Ustaz Azizan 

Inilah realiti sebenar PRK Sungai Limau sentimen kaum-puak harus diberi perhatian. Ucapan-ucapan kempen tidak seharusnya menyentuh sensitiviti keluarga-keluarga di sini. Ada yang bapanya PAS anaknya UMNO dan ada juga yang anaknya PAS bapanya UMNO.

TPM dikira perihatin apablia cepat-cepat meminta maaf di atas ketelanjuran berucap mengaitkan rasional kenaikan harga gula dengan kencing manis sehingga kaki terpaksa dipotong. Mustahil TPM tidak tahu bahawa kencing manis bukan setakat berpunca dari gula tetapi banyak lagi penyebabnya malah nasi pun mengandungi  gula yang tinggi.

Rakyat Sungai Limau juga cuba ditipu dengan visual poster PAS yang difabricate konon calun yang bertanding amat rapat dengan Ustaz Azizan sebaliknya semasa Azizan sedang tenat di hospital mereka yang kerap menziarahi Ustaz Azizan ialah pemimpin UMNO sendiri termasuk Tan Sri Muhyiddin dan MB Mukhriz Mahathir. Malah Mukhriz dan Tun M tidak lekang mengiringi sehingga ke saat-saat akhir pengkebumian allahyarham. 

Rakyat Sungai Limau kaum-puak Ustaz Azizan dan keluarga terdekat Ustaz Azizan pasti dapat membaca ‘body language’ pemimpin-pemimpin UMNO yang dikira lebih ikhlas perhubungan mereka dengan Ustaz Azizan.

Mungkin ramai yang tidak tahu di antara pemimpin pertama yang dihubungi Ustaz Azizan apabila beliau menerajui kerusi MB ialah Tun M memohon pandangan dan nasihat kerana beliau amat sedar dan faham pemimpin-pemimpin PAS di sekelilingnya tidak berkeupayaan mentadbir sesebuah Kerajaan.

Hakikatnya PRK Sungai Limau adalah pilihanraya keluarga dan sesiapa juga yang masuk kawasan ini harus bertabik dan keluar harus bersalam. 

Post a Comment