#PRKSgLimau : TERDESAK! PAS CUBA FITNAH BN SOGOK PENGUNDI!!


Suasana PRK Sungai Limau semakin panas. PAS semakin hari semkain terhimpit dengan sokongan rakyat semakin positif kepada BN selepas cubaan memburukkan Menteri Besar Kedah memakan diri sendiri.

Namun, PAS tidak berputus asa dengan kini cubaan beralih pula kepada usaha memperbesar-besarkan isu pengundi disogok.


Terbaharu, Pas dikatakan bersekongkol dengan portal pembangkang dalam gerakan mencari rakaman kononnya terdapat pemimpin UMNO menjanjikan habuan sekiranya pengundi memilih calon Barisan Nasional (BN) semasa membuang undi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau pada 4 November ini.

Pengarah Operasi Pas bagi PRK Sungai Limau, Datuk Ir. Amiruddin Hamzah berkata, pihaknya sedang bekerjasama dengan sebuah portal berita bagi mendapatkan rakaman dan gambar dalam satu kejadian yang dikatakan berlaku semalam.

Semalam, Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Mahfuz Omar mendakwa, BN dikesan membuat tawaran kepada pengundi untuk menunjukkan gambar kertas undi yang dipangkah mereka bagi mendapatkan 'habuan'.

Katanya, para pengundi diminta merakamkan kertas undi dengan menggunakan telefon bimbit dan kemudiannya menunjukkan kepada petugas BN apabila keluar daripada pusat membuang undi.

Bagaimanapun, ketika diminta pemberita menunjukkan bukti tentang dakwaan itu, Amiruddin yang juga Ketua Pembangkang DUN Kedah berkata, ia merupakan amalan yang berlaku dalam PRK terdahulu dan dipercayai akan berulang di Sungai Limau lagi.




Post a Comment