Walaupun Kedah secara amnya masih berkabung atas pemergian Tan Sri Azizan Razak,tetapi bagi orang-orang PAS,waktu berkabung telah tamat.Malah,saya tidak hairan jika orang-orang PAS tidak berkabung pun kerana sebahagian besar dari mereka sememangnya memusuhi Allahyarham.Sebelum arwah meninggal juga,terdapat di kalangan orang-orang PAS yang meraikan berita beliau jatuh sakit.Apabila beliau tenat,mereka mempersendakan pula dan membuat tuduhan yang kejam semata-mata untuk melepaskan geram dan dendam kerana pendekatan arwah yang berbaik-baik dengan UMNO.Bagi yang mengenali beliau pasti sedia maklum bahawa rata-rata keluarga arwah termasuk di Sungai Limau sendiri merupakan penyokong UMNO.Malah,dalam PRU yang lalu arwah ditentang oleh sepupunya sendiri dari UMNO.Namun,hubungan UMNO-PAS di Kedah di bawah pentadbiran arwah adalah hubungan persaudaraan yang kukuh antara umat Islam.Malangnya,sikap professional Tan Sri Azizan itu ditentang kuat oleh PAS yang menganggap beliau sebagai 'pembelot' kepada parti.
Arwah terkenal dengan pendirian yang tegas dan sering bertentangan
pendapat dengan kepimpinan PAS Pusat apalagi kepimpinan PR.Siapa yang
tidak tahu bahawa Tan Sri Azizan menolak Buku Jingga.Beliau juga
menolak Syiah dan sebarang bentuk ektremisme.Beliau menentang budaya
demonstrasi yang dibawa oleh BERSIH.Beliau tidak memberi muka kepada
DAP dan cukup keras menentang sebarang pengaruh DAP atau Anwar Ibrahim
di dalam PAS Kedah.Maka tidak hairanlah Anwar Ibrahim tidak kelihatan
di mana-mana ketika PAS sedang sibuk berkempen di Sungai Limau.Wan
Azizah juga langsung tidak menjenguk muka.Umum tahu bahawa keluarga
Anwar tidak menghadiri atau menghantar wakil menziarah jenazah Tan Sri
Azizan,jauh sekali hadir di majlis pengebumian.Begitu juga pemimpin PR
dari DAP,tiada siapa yang melawat keluarga arwah sehingga ke hari ini
walaupun sekadar syarat untuk mengucap takziah.Sekiranya Tan Sri
Azizan masih hidup,beliau pastinya tidak akan bersetuju dengan Anwar
Ibrahim dalam isu Kalimah Allah.
Memandangkan isu ini sedang hangat kini,menghadiri kempen Sungai Limau
bukanlah satu tindakan yang bijak bagi Anwar Ibrahim dan isteri.Anwar
sendiri nampaknya menyedari bahawa kehadirannya tidak akan disambut
malah akan dianggap sebagai liabiliti bagi PAS Kedah.Anwar juga
bimbang sekiranya apa yang berlaku di Besut berulang lagi Dalam PRK
Besut,kehadiran Anwar tidak mendapat sambutan langsung.Malah,mana-mana
kuncunya di dalam PAS juga turut terkena tempiasnya.Jelas,rata-rata
akar umbi PAS menolak Anwar dan kumpulan Anwarinas.Namun,sedar atau
tidak,kumpulan Anwarinas tetap menguasai PAS biarpun akar umbi PAS
menolak mereka.Justeru,sekiranya PAS menang lagi di Sungai Limau,ia
akan dianggap sebagai penerimaan akar umbi PAS terhadap kepimpinan
kumpulan Anwarinas ini.Pengundi-pengundi Sungai Limau wajar mengambil
maklum akan perkara ini agar dapat membuat pilihan yang tepat pada 4
November nanti.
Fahamilah apa yang Tan Sri Azizan lalui dan perjuangkan ketika di
dalam parti.Bayangkan cabaran yang dihadapinya dalam memastikan Kedah
bersih dari sebarang agenda kafir harbi mahupun golongan penyokong
LGBT.Ketidakhadiran Anwar di Sungai Limau bukan bermakna PAS bebas
dari cengkamannya.Kini,Allahyarham telah tiada untuk membataskan
pengaruh Anwar.Percayalah,dengan meletakkan Azam Samat,iaitu proksi
Mahfuz sebagai calon,akan membuka peluang bagi pengaruh Anwar bertapak
di sini.Dengan mengambilkira hakikat ini,kini terpulanglah kepada
pengundi Sungai Limau dalam menghayati dan mentafsirkan perjuangan
Allahyarham Tan Sri Azizan dan menterjemahkannya di kertas undi.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Post a Comment