#PRKSgLimau : Phahrolrazi Musuh Azizan Sahkan Talian Persaudaraan Calon PAS Dengannya Dua Pupu!


Phahrolrazi ketika dihubungi semalam mengesahkan beliau mempunyai pertalian persaudaraan dengan Mohd. Azam iaitu hubungan dua pupu.

Menurutnya, datuk Mohd. Azam iaitu Abdul Hamid Ibrahim dan datuk beliau, Aziz Pendang merupakan dua beradik.

Pas kelihatan sebelum ini cuba memainkan sentimen Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak bagi meraih undi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau dengan mengatakan calon parti itu, Mohd. Azam Abd. Samat ialah anak didik bekas Menteri Besar Kedah tersebut.

Pas turut menggunakan gambar Azizan dalam risalah mengenai biodata, latar belakang dan visi Mohd. Azam yang diedarkan kepada orang ramai sempena PRK ini.

Dua keratan gambar yang memaparkan Azam dan Allahyarham ditampalkan dalam risalah berkenaan.


Post a Comment