Kempen Anjing Calon Pemilihan PAS : Anak Nik Aziz TUDUH KERJA UMNO!!

 

Timbalan Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz hari ini mendakwa dalang yang memburuk-burukkan calon Ketua Dewan Pemuda PAS Zulhazmi Shariff adalah daripada Umno. 

Tanpa mengesahkan dan meyakinkan tuduhannya itu, Nik Abduh secara lantang berkata provokasi itu hanya akan dilakukan oleh musuh ketat partinya, Umno. 

Tambahnya lagi, PAS mengamalkan etika pemilihan parti yang berakhlak dan mustahil dalangnya adalah dari dalam parti. 


"Itu saya fikir daripada Umno bukan daripada kita (PAS) itu provokasi untuk mengkhianati pemilihan dalam.

"Saya tengok gambar itu saya boleh tengok, kalau tidak Umno, orang nak khianatlah," katanya kepada wartawan di lobi Parlimen sebentar tadi. 

Melalui akaun Facebook 'Fikrah Islamiah Pilihan Kami', wajah Zulhazmi diubah dengan muka berupa anjing.

Malah pemilik akaun tersebut turut memuat naik beberapa mesej yang merujuk kepada konsep kerajaan perpaduan yang sebelum ini sering disuarakan bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa dan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hassan Ali, yang didakwanya sebagai 'anjing-anjing liberal'.

Alasan yang diberikan oleh Nik Abduh dilihat bertentangan dengan tindakan 'tidak beretika' oleh  PAS baru-baru ini semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Sungai Limau yang menyunting gambar calon yang kini ADUN kawasan tersebut, Mohd. Azam Abd Samat bersama Ketua Biro Sinar Harian Utara, Mohd. Idros Mohd. Ali sedang duduk berbual mesra bersama bekas Menteri Besar Kedah, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak.

Tindakan itu jelas hanya mahu menarik perhatian penduduk sekitar Sungai Limau yang menyanjung tinggi kepimpinan Allahyarham Azizan. 

Nik Abduh yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas selain itu menambah, PAS mengalu-alukan pencalonan Zulhazmi untuk bertanding bagi jawatan Ketua Pemuda walaupun menyedari beliau yang dikenali sebagai 'peguam PAS' tidak pernah menggangotai Pemuda PAS sebelum ini. 

"Bukan dari PAS, itu bukan akhlak etika PAS, saya mengalu-alukan pertandingan tiga penjuru walaupun orang bercakap Zulhazmi ini bukan daripada jalur lama pemuda di peringkat kawasan dan sebagainya. 

"Tapi oleh kerana ada pencalonan untuk dia (Zulhazmi) kita alu-alukan," jelas beliau.

Menjelang Pemilihan Jawatankuasa PAS Pusat 2013-2015 hujung bulan ini, jawatan Ketua Pemuda PAS bakal menyaksikan pertembungan tiga penjuru oleh Zulhazmi Shariff, Suhaizan Kaian dan Kamaruzaman Mohamad.