Lakaran Suspek Tembak Pegawai Kanan JAIP


Susulan kes bunuh Ketua Penolong Pengarah (Penguatkuasaan), Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Dato’ Sharifuddin Ab Ghani, Ketua Polis Pahang telah mengadakan sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang sebentar tadi.

Lakaran wajah suspek diedarkan kepada pihak media dan turut akan dipamerkan dimerata tempat. Beliau menyeru orang ramai bekerjasama menyalurkan sebarang maklumat bagi mengesan dan menangkap penjenayah terbabit. Sebarang maklumat boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat, ASP Zukri Muhammad di talian 013-9764999 atau Ibupejabat Polis Daerah Kuantan di talian 09-5652222 atau talian hotline 09-5142999 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Diskripsi Suspek:
Susuk tubuh : Sasa
Warna kulit : Sawo matang
Warna rambut : Beruban
Bulu kening : Halus
Hidung : Sederhana
Bangsa : Melayu
Mulut : Nipis
Warna misai : Beruban
Umur : Lingkungan 55 tahun
Jantina : Lelaki
Ketinggian : 170

Post a Comment