Apa pun, dalam 'keterujaan' ini, Pakatan Rakyat mahu hak asasi Ardi ini diambil berat oleh pihak polis. Dari cara dia ditangkap semalam, aku bimbang, Ardi ini akan menerima penyeksaan yang amat dahsyat di dalam tahanan nanti.
Cuba sesiapa tanya, apa keperluannya suspek penjenayah biasa macam Ardi dikawal oleh sekurang-kurangnya 4 orang anggota komando Unit Tindakan Khas (UTK) polis yang lengkap bersenjata dan bertopeng muka?
Dia bukan suspek pengganas, atau dari kartel dadah sehingga perlu dikawal seperti itu?
Maka itu Pakatan Rakyat menggesa kerajaan Indonesia agar mengemukakan bantahan rasmi atas layanan tidak berperkemanusian rakyatnya oleh polis Malaysia. Ini bersesuaian dengan gesaan Datuk Seri Anwar Ibrahim kelmarin yang mahu kerajaan negara-negara ASEAN menilai rekod hak asasi manusia di Malaysia.
Pakatan Rakyat sendiri bersedia membantu kerajaan Indonesia dimana perlu dalam soal ini, termasuk menyediakan bantuan guaman ke atas suspek berkenaan (kos ditanggung kerajaan Indonesia).
memetik sumber http://www.negarapakatanrakyat.blogspot.com
Post a Comment