contoh kereta lebih umur |
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) perlu membuat pertimbangan teliti sebelum menetapkan had jangka hayat kenderaan di negara ini, kata Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi.
Bercakap pada sidang media selepas melancarkan sambutan Hari Maritim Sedunia peringkat kebangsaan 2013 di Sibu hari ini, beliau berkata cadangan Ketua Pengarah Institut Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) Prof Dr Wong Shaw Voon baru-baru ini pada asasnya merupakan suatu penemuan baru.
Pada Jumaat, Dr Wong memberitahu media di Melaka bahawa kereta berusia lebih 12 tahun tidak selamat untuk berada di jalan raya. – Bernama
Cadangan yang mempunyai agenda tersembunyi... Cubaan meruntuhkan kepercayaan rakyat terhadap kerajaan... dicadangkan oleh PUAK BERKEPENTINGAN tapi KERAJAAN dipersalahkan!!!
Harap cadangan tak masuk akal tu tak dilaksanakan.kalau nak laksana gak, keta yg akan di scrap perlu dibayar pampasan dan hutang di bank perlu diclearkan.