Pemandu kepada Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar kini disiasat berhubung aduan rogol dan samun oleh seorang wanita warga Indonesia semalam.
Menurut sumber, mangsa yang dalam lingkungan 30-an dan bekerja sebagai pembantu rumah telah dibawa keluar oleh pemandu berkenaan bersama seorang lagi lelaki ke sebuah rumah di Cheras sebelum diberikan sebatang rokok untuk dihisap.
Mangsa yang mendakwa pening selepas diarahkan menghisap rokok itu kemudiannya mengadu dirogol oleh suspek dan seorang lagi rakannya.
Selain dirogol, mangsa juga mendakwa turut dipukul dan telefon bimbit, pasport serta sejumlah wang telah dilarikan suspek.
Mangsa telah diselamatkan oleh orang awam dan dibawa ke balai polis untuk membuat laporan. Kes kini sedang disiasat untuk tindakan lanjut.