Pelaksanaan Hudud di Kelantan : PAS Belum Dapatkan Persetujuan PKR? #MalaysiaNews


"Adalah sangat pelik jika PAS perlu bertanya kepada BN, yang merupakan seteru politik mereka, untuk menyokong hudud sementara rakan sekutu mereka (PKR) tidak bersetuju dengannya," katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen pada Isnin.
Annuar berkata kerajaan negeri Kelantan yang dipimpin oleh PAS perlu memastikan semua pihak termasuk PKR, Dewan Undangan Negeri dan agensi pelaksana di negeri itu bersetuju untuk melaksanakan hukum hudud.
Pada ketika ini, tiada wakil rakyat DAP di Kelantan.
"Sekiranya pelaksanaan hukum hudud di Kelantan perlu di bawa ke Parlimen, prinsip yang sama digunapakai dengan semua pihak mesti bersetuju dengannya.
"PKR perlu bersedia menyokong pelaksanaannya apabila perkara ini di bawa ke Parlimen.
"Selepas itu barulah BN boleh mempertimbangkan langkah tersebut, berdasarkan kesediaan parti yang mencadangkan pelaksanaan undang-undang hudud," katanya.
Terdahulu, Datuk Mahfuz Omar (PAS - Pokok Sena) mencadangkan agar Annuar membantu menyakinkan kerajaan Persekutuan agar membenarkan hukum hudud dilaksanakan di Kelantan.
Naib Presiden PAS itu berkata, parti berkenaan masih berbincang sama ada mahu memfailkan usul untuk membahaskan mengenai undang-undang hudud di Parlimen.
Sebelum dilaporkan bahawa Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim yang bertanggungjawab mengenai hal ehwal Parlimen berkata, beliau bersedia menyokong usul pelaksanaan hukum hudud dibahaskan di Parlimen.
Bagaiamanapun, beliau berkata sama ada usul berkenaan akan diluluskan atau tidak bergantung kepada sekutu PAS dalam pakatan pembangkang.