#PRKSgLimau : Penyokong PAS Tempatan Tolak Kehadiran Musuh Arwah Azizan HARI INI!


Umum tahu Anwar antara musuh ketat Arwah Azizan itu pernah beberapa kali membuat arahan dengan kuasa ketua umum untuk menjatuhkan pentadbiran Kerajaan PAS Kedah semasa arwah menjadi Menteri Besar. Cakap-cakap dari penyokong PAS tempatan menyuarakan, tidak sepatutnya Anwar Ibrahim jejak kaki untuk datang berkempen di Sungai Limau kerana 'Politik Keluarga' di sini rata-rata masih merasai apa yang Anwar lakukan dulu.

Antara yang pernah Anwar lakukan semasa pentadbiran PAS Kedah dulu seperti kes PEMANDU dari Pas Pusat yang dihantar oleh Presiden Pas ke Kedah, semata-mata untuk mengawal pentadbiran Allahyarham Ustaz. Semua orang tahu itu arahan dari Anwar untuk mengawal pentadbiran Allahyarham.

Dan malam ini dijadualkan Anwar Ibrahim dah ada planning nak bagi ceramah menipu rakyat Sg Limau menjelang dua hari sebelum hari membuang undi pada 4 hb ni. Tak malu ke nak jejak kaki ke sini?

Seluruh rakyat Sg Limau harus tahu bahawa Allahyarham Ustaz Azizan memang tidak menyukai Anwar Ibrahim. Malahan ketika Allahyarham Ustaz Azizan menjadi Menteri Besar Kedah, Anwar orang yang selalu hentam beliau bukan sahaja secara terus, siap letak proksi lagi untuk lawan Ustaz Azizan.

Dari dahulu lagi Allahyarham Ustaz Azizan tidak suka untuk bekerjasama dengan Anwar Ibrahim sebab itu kita jarang lihat Anwar hadir ke program di Kedah ketika PAS menjadi pemerintah.


Post a Comment