Fitnah atau Realiti : Banjir Dikaitkan dengan 1Malaysia Spritual Tourism? #MalaysiaNews



1MST City takkan berlaku. Kelulusan tanah kepada syarikat asal bagi tujuan pembangunan bercampur telah ditarik balik. 

Penjelasan ringkas:

1. Kerajaan Negeri luluskan tanah 250 ekar kepada Waras Mekar (WM) bagi tujuan pembangunan bercampur (rumah, kedai). Tiada kaitan langsung mahupun isu dengan 1MST

2. Waras Mekar cari beberapa potential JV. Antaranya Enchant Acres (EA) yg nak buat 1MST tu, tapi tiada persetujuan. Ia di luar pengetahuan Negeri

3. Bila 1MST dipublish online, WM buat laporan polis

4. MB buat kenyataan akhbar semasa Mesyuarat MMK menjelaskan ktidaksahihan 1MST

5. Semasa sidang DUN Nov lalu, MB sekali lagi terangkan dalam DUN, dan isytihar tanah yang diluluskan kepada WM ditarik balik".

Ulasan saya: Ini satu contoh bagaimana satu berita yang tidak benar begitu mudah untuk disebarkan hingga menjadi satu FITNAH besar. Hati2lah dalam berkongsi maklumat di FB agar tidak terjebak dalam DOSA BESAR.