KDN : 10 Maklumat Mat Sabu Cenderung dengan Fahaman Syiah

alt


PUTRAJAYA 12 Dis -   Kementerian Dalam Negeri (KDN) mendedahkan terdapat sepuluh maklumat yang menunjukkan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu cenderung dan terlibat dengan fahaman Syiah.

Ianya disahkan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Abd. Rahim Mohd. Radzi pada Sidang Media yang berlangsung di Ibu Pejabat KDN di sini sebentar tadi.

Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan, beberapa bukti akan dikeluarkan yang membuktikan bahawa Mat Sabu terlibat dengan fahaman syiah.

Katanya, pendedahan yang dikeluarkan terhadap pemimpin Pas itu dilakukan bagi mengelakkan umat Islam berpecah-belah seperti negara lain hanya kerana fahaman mazhab yang berbeza.

Lagi laporan menyusul


Antaranya, Mat Sabu pernah menggesa umat Islam mencontohi kepimpinan Islam berdasarkan cara Ayatollah Khomeini melalui tulisannya bertajuk `Teladan pemerintahan Nabi Yusuf, Khomeini' dalam ruangan Fikrah akhbar Harakah keluaran 15 Julai 2008.

Pemimpin Pas itu juga menyatakan kekagumannya terhadap kepimpinan dan perjuangan Khomeini yang banyak mencorakkan pemikirannya dalam ucapannya sebagai Timbalan Presiden Pas pada 13 Jun 2011