MOMOK Pelabur Taiwan : #PakatanRakyat TAKUT NEGARA TERUS MENERIMA PELABOR! #PAU2013

Tindakan pembangkang menakut-nakutkan pelabur Taiwan sehingga menyebabkan negara kehilangan peluang pelaburan asing bernilai RM40 bilion bukan sahaja pengkhianatan terhadap negara tetapi juga penyokong dan pengundi mereka.
Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata meskipun berbeza ideologi politik, pembangkang seharusnya dapat membezakan dan mengutamakan kepentingan negara serta tidak melakukan sabotaj kepada pelaburan yang dapat menjana pendapatan negara.
"Sepatutnya dalam apa jua keadaan, mereka tidak patut menghalang kemasukanpelabur, seperti di Pulau Pinang yang dikuasai pembangkang, kerajaan pusat tidakpernah menyekat pelaburan ke sana."