Video Kisah Anwar dan 40 Ribu Banglanya Kini Tersebar! #PAU2013


Video yang memaparkan ketua pembangkang mendakwa kononnya Barisan Nasional (BN) membawa masuk lebih 40,000 warga Bangladesh sebagai pengundi semasa Pilihan Raya Umum ke-13 Mei lepas ditayangkankepada anggota perwakilan Perhimpunan Agung Umno 2013 pada Khamis.
Rakaman yang dipetik daripada portal berita Malaysian Gazette itu menunjukkan Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat dakwaan itu pada dua majlis iaitu semasa sidang akhbar dan dalam satu ceramah politik.
Sedutan video itu yang diselitkan semasa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan ucapan dasar sebagai Presiden Umno menyebabkan kira-kira 3,000 perwakilan dari 191 Bahagian Umno di seluruh negara bertindak bersorak mengejek ketua pembangkang berkenaan.




Antara dakwaan yang dibuat Anwar dalam sedutan video itu ialah BN menaja 16penerbangan khas setiap hari bagi membawa warga Bangladesh dan Indonesia masuk ke negara ini untuk menjadi pengundi pada PRU-13.
Penasihat PKR itu juga mendakwa BN tidak mendapat sokongan rakyat padapilihan raya berkenaan sehingga terpaksa membawa masuk warga asing sebagaipengundi bagi memastikan kemenangan mereka.
Tayangan video itu dibuat ketika ucapan Najib menyentuh mengenai dakwaanAnwar itu.
Najib ketika menyentuh perkara itu melempar sindiran: 'Sejak bila Malaysia mempunyai suku kaum Bangladesh'.
Beliau juga memaklumkan anggota perwakilan bahawa momokan pembangkang itu menyebabkan Perdana Menteri Bangladesh Sheikh Hasina terkejut dan menafikannya apabila perkara itu dimaklumkan kepada beliau sempena lawatan kerja Perdana Menteri ke negara berkenaan bulan lepas. -BERNAMA