[LEBUHRAYA RAKYAT] Perbadanan Menteri Besar Kelantan DISAMAN RM230 juta


Sebuah syarikat kontraktor memfailkan saman sebanyak RM230 juta terhadap badan berkanun Kerajaan Negeri Kelantan iaitu Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) dan sebuah syarikat milik perbadanan tersebut berhubung pelaksanaan projek Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai atau dikenali sebagai Lebuh Raya Rakyat.

Plaintif, syarikat Dae Hanguru Infra Sdn. Bhd. memfailkan saman kepada kedua-dua defendan itu di Mahkamah Tinggi di sini pagi ini.

PMBK dinamakan sebagai defendan kedua manakala syarikat milik penuhnya, Baldah Toyyibah (Prasarana) Kelantan Sdn. Bhd. yang dipertanggungjawab untuk menguruskan pelaksanaan projek lebuh raya tersebut sebagai defendan pertama.

Dae Hanguru yang sebelum ini diterima kedua-dua defendan sebagai syarikat yang akan membina lebuh raya tersebut menuntut kerugian keuntungan yang dijangka akan diperolehi iaitu sebanyak RM225 juta dan RM5 juta wang yang telah dibelanjakan daripada kedua-dua defendan setelah defendan-defendan tidak mahu meneruskan penyempurnaan dokumen kontrak.


Err.. Agaknya mana perginya derma ini?