PANAS #PRKKajang!! Dimanakah Bekas Adun Kajang? Hingga Kini Tiada Temuramah MEDIA SECARA RASMI!!

Chin Cheh

Bekas Adun Kajang Lee Chin Cheh dari PKR gagal dihubungi susulan sidang media tergempar diadakan Speaker Dun Selangor, Hannah Yeoh, semalam.

Difahamkan, kesemua media cuba mendapatkan komen Chin Cheh bagaimanapun tidak berjaya.

Bagaimana pun lewat malam tadi beliau mengeluarkan kenyataan menerusi Facebook dengan melahirkan penghargaan  kepada semua pengundi di Kajang yang memberi peluang kepada beliau sepanjang menjadi wakil rakyat.


"Keputusan kosongkan kerusi demi kepentingan bersama,"

Adakah Lee Chin Cheh sedang menuntut ilmu spin MEDIA dengan Anwar?

Jika Benar Lee Chin Cheh Letak Jawatan Kerana Mahu Kuatkan Pakatan Rakyat, Mengapa dia membisu?

Dimanakah Bekas Adun Kajang sekarang?


Untuk rekod semalam, hanya Shamsul Ketot dan Azmin Ali sahaja yang mengeluarkan kenyataan media, itupun berkenaan calon yang bakal dipertandingkan pada Pilihanraya Kecil nanti :

AMK Hanya Setuju Anwar Ibrahim Menjadi Calon

Angkatan Muda Keadilan menghormati keputusan dan tindakan Bendahari AMK Malaysia, Lee Chin Cheh meletakkan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor bagi kawasan Kajang. Tentunya tindakan ini di ambil setelah mengambil kira beberapa pertimbangan khusus yang membabitkan kepentingan negeri dan rakyat seterusnya mengatasi sebarang pertimbangan peribadi.

Ini membuka ruang untuk Parti Keadilan Rakyat dan Pakatan Rakyat menawarkan pemimpin yang lebih berkaliber dan berpengalaman untuk memimpin Negeri Selangor sebagai Menteri Besar.

Berdasarkan pengalaman dan kewibawaan beliau memimpin negara, AMK percaya YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim adalah calon terbaik untuk bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor dan seterusnya diangkat sebagai Menteri Besar. AMK percaya dengan kepimpinan beliau akan dapat menggerakkan dengan lebih pantas agenda reformasi di Selangor dan menterjemahkan konsensus nasional.

Oleh yang demikian AMK mengambil pendirian hanya Dato’ Seri Anwar Ibrahim sesuai menjadi calon mewakili Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya Kecil DUN Kajang.

Jentera pilihanraya AMK akan digerakkan untuk bersama-sama jentera Pakatan Rakyat bagi memastikan keputusan terbaik dalam pilihanraya kecil ini.

Shamsul Ketot

Majlis Pimpinan PKR Negeri Selangor belum memutuskan siapakah calon yang layak untuk menggantikan YB Tuan Lee Chin Cheh, Adun Dewan Undangan Negeri N25 Kajang yang telah secara rasmi meletakkan jawatannya hari ini.

Pihak Majlis Pimpinan PKR Negeri Selangor juga TIDAK pernah menyokong Kenyataan Media oleh Angkatan Muda Keadilan Malaysia yang mahu mencadangkan Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai calon untuk Pilihanraya Kecil N25 DUN Kajang.

Calon yang akan menggantikan YB Tuan Lee Chin Cheh semestinya anak jati negeri Selangor.

Sehubungan dengan itu, kami mohon agar Angkatan Muda Keadilan Malaysia jangan sesekali mencampuri urusan Majlis Pimpinan PKR Negeri Selangor.

Adalah dimaklumkan bahaw Majlis Pimpinan PKR Negeri Selangor akan mengadakan Mesyuarat Tergempar pada 29 Januari 2014 untuk mencadangkan nama nama calon yang layak untuk diluluskan oleh Majlis Presiden Pakatan Rakyat bertanding kerusi N25 DUN Kajang.

Azmin Ali