Pilihanraya Lagi? Tian Chua Penjenayah!


Kedudukan Ahli Parlimen Batu, Tian Chua bakal terjejas setelah mahkamah menjatuhkan hukuman penjara sebulan dan denda RM1,000 selepas didapati bersalah tidak mematuhi perintah polis supaya beredar dari kawasan larangan Pusat Latihan Polis Diraja Malaysia (Pulapol), dua tahun lalu.

Menurut Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, pihaknya menunggu laporan penuh daripada Naib Presiden PKR itu, hari ini.

“Kalau dipenjara, ia dakwaan jenayah. Sudah tentu memberi kesan kepada kedudukan Tian sebagai ahli Parlimen.

“Tian akan diminta memberi laporan penuh dan hari ini mesyuarat saya dengan Datuk Seri Anwar, saya akan kemukakan isu ini dan mengatur tindakan yang seterusnya.,” katanya kepada pemberita pada sidang media, hari ini.