Semua Pihak Tolong Jangan gangguan perkara peribadi Nurul Izzah & Suami ?


BERIKUT adalah kenyataan media Nurul Izzah dan suaminya berhubung kes fasakh mereka :

Kami amat sedih dengan cubaan gangguan yang menyentuh perkara peribadi kami apabila kami gigih berusaha untuk memastikan kelangsungan perkahwinan ini.
” Keluarga kami menjadi keutamaan.
” Kami ucapkan terima kasih kepada semua yang melahirkan keprihatinan, dan kami memohon semua pihak agar diberikan ruang peribadi pada waktu-waktu ini.”
Nurul Izzah dikatakan menuntut fasakh daripada suaminya atas sebab-sebab yang tidak didedahkan tetapi amat pelik jika si isteri yang sibuk dengan ke sana sini berpolitik dan menabur fitnah ke seluruh pelusuk tanah air tiba-tiba pula memohon berpisah dengan suaminya.

Logik sekiranya si suami menceraikan si isteri jika suami merasakan isteri tidak boleh memberikan komitmen terbaik dan memenuhi tanggungjawab sebagai isteri & ibu kepada anak-anak.

Hah lantak pi lah dia nak bercerai ker apa tapi apabila membaca permintaan Ahli Parlimen bermusim ini yang mohon diberikan ruang kepada dia dan suami, nampak macam tak adillah.

Sebabnya, takkan lah rakyat tak boleh nak cakap apa-apa berkenaan rumah tangga dia sedangkan sebelum ini dia dan kuncu-kuncunya sibuk mempersoalkan keluarga Perdana Menteri Dato' Sri Najib Tun Razak dan isteri. Adakah PM tidak berhak mendapat ruang privacy seperti yang diminta Nurul Izzah kali ini?

Dalam politik yang diterapkan Pembangkang hari ini, don't ever give them a chance even it related to family matter. So dalam erti kata rock, what you give you get back haha.


Reaksi dalam twitter Izzah

Pengesahan dari Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumput