Diatas dasar temuduga terbuka, bertempat di RTC kedah JobMalaysia GAGAL menguruskan beratus-ratus pencari kerja yang hadir dengan penuh harapan menukar masa depan.
Borang dah habis, barisan dari tingkat bawah hingga tingkat 4 tidak bergerak, orang ramai semakin marah namun pegawai JobMalaysia hanya mampu mengatakan tunggu nama dipanggil.
Apapun alasan, bagi aku JobMalaysia bukan baru dalam mengendali sesi temuduga, mengapa tempat yang sempit seperti RTC Kedah ini dipilih? Tentunya Stadium Darul Aman dan dewan2 yang besar lebih menjanjikan keselesaan namun mengapa tidak digunakan?
Panggil nama terpaksa jerit tanpa pembesar suara di dalam himpunan beramai2 adakah ini dilihat kerja bijak? Mengapa tidak menggunakan sistem nombor?
Ramainya bersunggut tidak kurang yang pulang hampa tanpa ditemurah dan mengambil borang dek kerana borang kehabisan tanpa dimaklumkan semasa 2 jam beratur bagi mendapatkan borang.
Apakah ini sistem terbaik yang JobMalaysia ada? Apakah masa depan negara jika kerajaan gagal menguruskan sumber manusia dengan baik?
Pedih dan perit namun inilah hakikatnya boleh digambarkan seratus peratus yang datang adalah anak melayu. Di mana Cina mahupun india?