Jom BACA!! AKUJANJI CALON PKR #PRU13 : Tuntutan RM5 juta ke atas Lee 'valid'!! #PRKKajang


Sebelum PRU-13 yang lepas , PKR telah mewajibkan mereka yang bertanding di bawah tiket parti itu menandatangani aku janji supaya tidak melompat parti atau mengosongkon kerusi yang dimenangi atas apa-apa alasan sekali pun . Ini boleh dirujuk kepada surat perjanjian seperti yang dipaparkan di bawah , sumber diperoleh dari artikel Raja Petra di portal Malaysia Today bertajuk 'How Lee was spared RM5 million' . Mereka yang tidak mematuhi akujanji berkenaan akan dikenakan tindakan untuk membayar sejumlah RM5 juta kepada parti. Raja Petra dalam artikel seperti tajuk yang dinyatakan di atas mempersoalkan bagaimana bekas ADUN Kajang dikecualikan dari membayar RM5 juta kerana melanggar aku janji seperti yang telah ditandatangani sebelum ini.



Dengan merujuk kepada isi kandungan aku janji itu , perkara 1.4.1 menyatakan seperti berikut :-

"I resign or is expelled from the Party for any reason whatsoever or I declare that I shall be an independent member or I shall join any other political party or group"

Pada 27 January 2014 , Speaker Selangor Hannah Yeoh telah mengumumkan perletakan jawatan ADUN Kajang , Lee Chin Yeh , untuk memberikan laluan kepada Anwar Ibrahim bertanding di kerusi DUN yang dikosongkan itu . sumber :  Malaysian Insider

Sekiranya dirujuk kepada aku-janji yang dibuat oleh parti PKR itu sendiri , jelas sekali Lee telah melanggar terma-terma yang dinyatakan . Menurut perkara 1.4.1 dalam aku-janji berkenaan , Lee sepatutnya membayar kepada parti sebanyak RM5 juta kerana beliau telah meletak jawatan walaupun alasannya adalah kerana arahan daripada pemimpin tertinggi parti . Jelas tercatat dalam aku-janji berkenaan , tindakan tetap dikenakan sekiranya letak jawatan dengan apa alasan sekalipun. 

Pada PRU-13 yang lepas, 80 peratus calon PKR yang bertanding (termasuk Lee) dikehendaki menandatangani aku-janji ini, manakalan selebihnya dikecualikan.  Mungkin menyedari mengenai terma2 ini maka Lee telah bertemu dengan Anwar , 3 jam sebelum pengumuman perletakan jawatan beliau bagi memastikan beliau tak dikenakan tindakan membayar RM5 juta. 

Berikut adalah petikan kenyataan beliau dari temubual dengan portal The Malaysian Insider .

 Lee said he had a five-minute meeting with Anwar, three hours before he handed his resignation letter to state speaker Hannah Yeoh.

"I wanted to know whether I would be penalised if I quit as all elected representatives were required to sign a contract before GE13. I also wanted confirmation that he would be standing there and thankfully, he put my mind at ease." sumber : Malaysian Insider

Beberapa persoalan ditimbulkan oleh Raja Petra dalam artikel beliau iaitu siapa calon-calon yang dikecualikan daripada menandatangani aku-janji atau bon RM5 juta itu ? Adakah 80% calon-calon lain yang bertanding atas tiket PKR tidak boleh dipercayai ? Apa keistimewaan 20% calon yang tidak menandatangani bon berkenaan . Jelas sekali ini bertentangan dengan prinsip keadilan yang kononnya di bawa oleh PKR . Apa salahnya semua sekali yang bertanding atas tiket PKR pada PRU-13 yang lepas menandatangani aku-janji /bon berkenaan ?

Ini menunjukkan betapa kepimpinan tertinggi PKR memandang serius dengan isi kandungan aku-janji/bon yang disediakan sendiri oleh mereka. Mungkin bimbang terbelit dengan tindakan undang2 akibat isi kandungan bon yang disediakan mereka sendiri , maka 20% calon PKR yang lain diberi 'keistimewaan' berbanding calon2 lain . Namun demi percaturan politik PKR , maka apa yang termaktub dalam aku-janji/bon berkenaan diabaikan apabila Lee meletak jawatan sebagai ADUN Kajang.

Sekiranya selepas ini ada Ahli Parlimen atau ADUN PKR yang dikenakan tindakan membayar RM5 juta kerana melanggar aku-janji/bon ini, maka peguambela mereka dinasihatkan agar merujuk kepada kes perletakan ADUN Kajang ini. Mungkin juga rujukan isu ini baik untuk Khalid Ibrahim pertimbangkan sekiranya jangka hayat jawatan beliau sebagai MB Selangor dijangkakan tamat bila Anwar Ibrahim memenangi DUN Kajang dalam PRK yang akan datang.

Sekiranya Khalid turut menandatangi bon ini, beliau mungkin rasa terancam untuk menunjukkan penentangan secara terbuka. Maklum lah kalau tunjuk tentangan secara terbuka boleh akibatkan beliau dipecat ,kalau dipecat oleh parti pun dah nyata kena bayar RM5 juta jugak . Jadi Khalid boleh persoalkan hal ini kalau benar-benar berlaku . Sebab untuk kes Lee , tak sebut pun dalam aku-janji/bon beliau boleh letak jawatan sekiranya di arahkan parti, maka untuk sebab itu tuntutan RM5 juta ke atas Lee itu sentiasa 'valid' .-bidaman