Pilot Air Asia Pertikai Pengumuman @NajibRazak Semalam #MH370 #TakziahMH370


Banyak sungguh pihak yang mempertikaikan pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak semalam mengenai kehilangan pesawat MH 370 yang diumumkan berakhir di selatan Lautan Hindi semalam. Salah seorang daripada mereka adalah pilot daripada Air Asia bernama Krish Jejendira. 

Kita boleh menerima sekiranya beliau tidak dapat menerima kenyataan nasib pesawat berkenaan. Namun, pertuduhan beliau Kerajaan menyembunyikan maklumat adalah keterlaluan. Ini melibatkan nyawa manusia terdiri daripada anak kapal dan penumpang berjumlah 239 orang. Pagi tadi Perdana Menteri telahpun membuat usul di Dewan Rakyat seperti di bawah. Apa lagi pilot berkenaan mahu lagi?
Di bawah Peraturan Mesyuarat 27(3) di Dewan Rakyat bagi menzahirkan rasa sedih, dukacita dan pilu terhadap tragedi malang yang menimpa pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370. Di bawah usul itu, dewan turut merakamkan takziah kepada seluruh keluarga, rakan dan kenalan penumpang serta anak-anak kapal pesawat berkenaan.

Bahawa dewan ini menyatakan ucapan terima kasih tak terhingga kepada semua pihak yang terlibat yang memberikan kerjasama dan bantuan dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR), khususnya kepada negara-negara luar yang telah banyak memberikan bantuan dalam operasi tersebut.

Apa yang perlu kita lakukan dalam minggu-minggu dan mungkin bulan-bulan akan datang ini ialah untuk mencari segala serpihan, rangka serta objek-objek yang berkaitan dengan pesawat MH370 supaya kita boleh mengesahkan tanpa ragu-ragu bahawa pesawat itu telah hilang di selatan Lautan Hindi.

Pada masa ini kerajaan menerima pelbagai cadangan dan antaranya untuk berkabung dengan mengibarkan bendera separuh tiang. Kerajaan berpendapat, kita perlu menemui objek dan serpihan itu terlebih dahulu sebelum kita melakukan perkara tersebut. Begitulah juga saya diberitahu Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan akan bersidang pada pukul 6 petang ini untuk menentukan solat jenazah ghaib, bila patut dilakukan.




Sumber : khairulryezal

#PRKKAJANG : #KajangMove HAJAT TAK KESAMPAIAN


PKR mempertahankan kerusi DUN Kajang dengan majoriti merosot dari 6,824 (PRU13) kepada 5,379 (2014). Dengan pengumuman resmi tersebut maka kita semua bertanya: 

1. Mana dia keangkuhan Lim Kit Siang yang mahu mempastikan BN hilang deposit?.

2. Apakah hasrat PKR yang ingin menjadikan PRK Kajang sebagai referendum rakyat terhadap kerajaan persekutuan tercapai walaupun sokongan PKR sedikit meningkat 1.54% berbanding BN yang walaupun kalah tetapi sokongannya meningkat sebanyak 2.7%.

3. Mengapa ramai pengundi yang tidak keluar mengundi hanya 72% berbanding 88% pada PRU 13, walaupun PKR memulakan kempen dan serangan terhadap UMNO lama sebelum BN mengumumkan calonnya. Adakah kerana pengundi tidak mahu MB Selangor bertukar tangan? atau rakyat bosan dengan politik wayang yang tidak mengubah apa-apa keadaan.

4. Apakah makna PKR dengan tokoh besarnya Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Presiden PKR dengan politik simpatinya menang dengan majoriti kurang 1,445 sedangkan tujuan asal PKR untuk meningkatkan majoriti 10 hingga 11 ribu? 

5. Apakah Perdana Menteri Malaysia bertukar tangan hanya dengan PRK Kajang? sedangkan ini bukan PRK Parlimen untuk memilih kerajaan persekutuan dan MB Selangor masih dalam gengaman Khalid Ibrahim.

6. Apa hebatnya sangat pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli yang mengaku mencetuskan idea PRK Kajang bagi mendapatkan sokongan yang semakin kurang? 

7. Apakah UMNO masih dilebalkan sebagai parti rasis sedangkan BN meletakkan calon Cina di kawasan majoriti Melayu berbanding dengan PKR yang meletakkan ramai calon Melayu di kebanyakan kawasan majoriti Melayu. Siapa yang beramalan rasis?.

Oleh yang demikian terbuktilah bahawa PRK Kajang tidak megubah apa-apa corak dan keputusan kerajaan negeri dan Persekutuan. 

Benarlah bahawa PRK ini suatu pengkhianatan terhadap mandat pengundi PRU 13 terhadap PKR, suatu pembaziran masa dan waktu, serta tidak dapat mengalihkan perhatian rakyat terhadap konflik kepimpinan Selangor mahupun keputusan mahkamah mengenai kes Liwat 2 Anwar Ibrahim.

Sesungguhnya rakyat lebih menumpukan perhatian kepada misi pencarian ‪#‎prayforMH370‬ dari jalan cerita politik yang disusun untuk menyelamatkan maruah sebuah keluarga dan nafsu besar seorang pemimpin untuk menjadi Perdana Menteri.

BELUM ANGKAT SUMPAH ADUN : AZMIN ANGKAT WAN AZIZAH SEBAGAI MB SELANGOR #MalaysiaNews

Spekulasi mengenai perubahan kerusi Menteri Besar Selangor kembali diperkatakan selepas Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berjaya memenangi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

Kejayaan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu menempatkan diri dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor membuktikan Wan Azizah mempunyai kemampuan untuk meneruskan agenda 'langkah Kajang' yang dirancang parti itu.

Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali berkata, Wan Azizah mempunyai kelayakan untuk diangkat sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu sekiranya menerima sokongan majorti Adun Pakatan Rakyat di negeri itu.

Tegas beliau dengan pengalaman Wan Azizah dalam politik, beliau yakin isteri kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu cukup bersedia untuk memikul tanggungjawab berkenaan.

"Beliau pernah menjadi ketua pembangkang wanita pertama dalam sejarah politik Malaysia."

"Malah memegang jawatan Ahli Parlimen selama tiga penggal...saya yakin beliau mampu memikul tanggungjawab baharu bersama-sama Adun Selangor yang lain," katanya ketika ditemui di sini, Ahad.

Menurut Mohamed Azmin, agenda menerusi rancangan 'langkah Kajang' akan diteruskan seperti yang dirancang sebelum ini.

Kata Adun Bukit Antarabangsa itu, tindakan lanjut mengenai 'langkah Kajang' akan dibincangkan dalam masa terdekat bersama sekutu Pakatan Rakyat di Selangor.

Sementara itu Anwar ketika ditanya mengeni kemungkinan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan digugurkan dan diganti dengan isterinya, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata ia akan dibincangkan beraama DAP dan PAS terlebih dahulu.

"Kena bincang dengan rakan Pakatan Rakyat, ini bukan keputusan saya. Masih terlalu awal untuk diperkatakan," katanya.
Mstar
Keputusan Rasmi Penuh PRK N25 Kajang.
Jumlah layak mengundi : 39,278
Chew Mei Fun (BN) : 11,362
Wan Azizah Wan Ismail (PKR) : 16,741
Jumlah pengundi : 28,314
Peratus : 72.1%
Undi ditolak : 176
Majoriti : 5,379

Provokasi Melampau : DAP Tampal Roket di Surau #PRKKajang #KajangMove


Penduduk Kajang hari ini mendapati beberapa masjid dan surau di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) itu pagi ini ditampal dengan pelekat DAP.
Pengarah Pilihan Raya PKR untuk Kajang Zuraida Kamaruddin berkata, selain empat rumah ibadat itu, premis dermawan terkenal Ujang Bagong di Sg Kantan, Saujana Impian dan Kajang Baru mengalami nasib sama.
Menafikan perbuatan petugas Pakatan Rakyat, Zuraida menyifatkan perkara itu sebagai provokasi terhadap Melayu dengan cuba menggambarkan PKR dikawal oleh DAP.

Malaysiakini laju je nafi kerja Pakatan. Hahahaha!

MAT SABU ADMITS #KAJANGMOVE IS ANWAR’S PLOY TO OUST KHALID IBRAHIM AS SELANGOR CHIEF MINISTER #PRKKajang


In a political rally in Mukah last night to introduce Parti Keadilan Rakyat’s candidate for N51 Balingian’s by-election, Mat Sabu, Parti Islam Se-Malaysia’s (PAS) deputy president slipped a statement that would make a lot of voters reconsider the validity of the so-called “Kajang Move” that has unnecessarily thrown the Kajang constituency into a state of disarray – that said move IS done so that Pakatan Rakyat’s (PR) de-facto leader, Datuk Seri Anwar Ibrahim can become the new Chief Minister of Selangor.

In the middle of his heated speech outside a shop lot in Mukah, he casually insinuated that the reason why the Malaysian Court of Appeals reached a verdict in deliberating Anwar’s sodomy case in record time was to ensure that he would not be able to be named as PR’s candidate for the Kajang by-election. And then, things got really interesting.

“Kalau bicara bulan 4 nanti, kemungkinan Anwar sudah jadi Menteri Besar Selangor. Maka dia sukar lah nak meng-jail-kan seorang Menteri Besar. …kalau tiada undi tak percaya di Dewan Undangan Negeri Selangor, Anwar akan didapati bersalah, terpaksa masuk jail sebagai Menteri Besar.”

(If the trial is done in April, there is a chance that Anwar will already become Menteri Besar of Selangor. Thus, it will be difficult to put him in jail as a Menteri Besar. …If there is no vote of no-confidence in Dewan Undangan Negeri Selangor, Anwar will be found guilty, and will be forced to enter jail as a Menteri Besar.)

“Maka ia akan menggoncang arasy’ Malaysia dan diperhatikan oleh dunia. Oleh itu kita lihat Jabatan Kehakiman diarahkan buat keputusan segera.”

(This will shake Malaysia to its core and we will be watched all over the world. That is why we see Jabatan Kehakiman was ordered to reach a verdict quickly.)

His statements come across not only as a rancid insult to the Malaysian judiciary and our judicial process, but also a slap to the face to the Pakatan Rakyat constituency in Kajang, which has seen their incumbent assemblyman Lee Chin Cheh resign on the 27th January. PKR strategist Rafizi Ramli engineered the move and try to give it a catchy name in order to allow Anwar to become part of Selangor’s Dewan Rakyat, but has never made the party’s true intentions crystal clear.

Anwar, and PKR’s top politicians have tried very hard to deny the rumour that he will be made Menteri Besar before this, as to not allow the people to know just how horrible the infighting within the party leadership actually is. With the state government tangled in various issues, they cannot afford to even bicker on political matters and instead focus on the holistic development of the state, as they have mentioned so often before. However, the reality is that they are struggling to keep hold of Selangor, and their gamble in Kajang is starting to leave them empty-handed.

With Anwar’s conviction in the Court of Appeal in his sodomy case, him being replaced by his wife Wan Azizah as the PKR candidate in Kajang, two of their seats in Pulau Pinang left hung to dry and recent news reports saying that the by-election, at RM1.6 million will be the costliest by-election yet, not even Rafizi’s pre-emptive apology on an editorial he wrote online can even begin to mask the damage PKR have done. As such, it is plain for everyone to see that Kajang has been reduced into both a sacrificial lamb and a lab rat at the same time.

If Mat Sabu is telling the truth, then Anwar, Rafizi and PKR have been lying through their teeth in justifying using Kajang as a chessboard. If Mat Sabu is lying, then he will need to answer to his audience in Mukah. Either way, the writer reckons that Pakatan has a co-ordination problem and this will prove vital in their standing in the two by-elections. - tunku

BAKI CAT MERAH TERESA KOK DICURAH KE MUKA MEI FUN? #PRKKajang #KajangMove


Dah memang dasar suka main cat merah. Stok banyak sangat kot, balance yang dicurah kat Teresa KOK, curah kat bahan kempen Mei Fun. 

Ironinya berita macamni tak keluar Malaysiakini, Malaysian Insider mahupun HarakahDaily.

#PRKKajang DiCipta Untuk KEADILAN TERHADAP ANWAR? TIDAK CUKUP ADILKAH 67 KALI TANGGUH?


Rakyat Kajang kena lihat dan kaji :

 Apa faktor utama Kajang dicipta pilihanraya? 

Kenapa dengan secara tiba-tiba diadakan Pilihanraya? 

Apakah skrip PKR apabila diadakan Pilihanraya? 

Mengapa Rakyat diheret bersama dengan masalah peribadi seorang pemimpin yang senantiasa mahukan perhatian?



PENDEDAHAN Skrip Bini Anwar Berkempen Sejak diUmum Sebagai Calon #PRKKajang #KajangMove


Selama berkempen, jom kita tengok apa yang dibangkitkan Kak Wan semasa ceramah di seluruh pelusuk Kajang. Apa yang menarik, skripnya sama saja. SIMPATI, MALANG TIMPA SUAMI, KEADILAN, KESIAN.... 
Tiga minggu mengikuti kempen calon yang tak jadi dan calon yang mengganti, ternyata dua pendekatan kempen yang berbeza. Sekurang kurang nya calon yang tidak jadi ada juga menjanjikan perubahan dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor untuk kebaikan rakyat Selangor. 
Tetapi calon mengganti cuma merayu simpati dari pengundi Kajang dengan mengulang cerita malang yang menimpa suami dan keluarga, tak ada beza dari dulu sehingga kini. Keadilan, keadilan, keadilan... untuk suami nya semata mata dan tidak ada satu jalan cerita keadilan untuk rakyat Kajang khususnya dan Selangor amnya. Sangat berbeza pula dengan mesej kempen calon BN.
          - Minaq Jinggo 

Ternyata dari situ kita dapat simpulkan, PRK KAJANG diadakan demi menarik perhatian rakyat untuk melihat dan memberi perhatian terhadap Anwar Ibrahim. Bayangkan tanpa PRK KAJANG, agaknya ada rakyat nak kesah dengan Kes Anwar Ibrahim? 


Photo: BIAR GAMBAR BERBICARA....

PENDEDAHAN KERAJAAN SELANGOR PUN PANDAI KEMPEN GULA-GULA KEPADA RAKYAT? #PRKKajang #KajangMove

Photo: BIAR GAMBAR BERBICARA....

TIBA-TIBA semuanya seakan berjalan lancar di Selangor sempena pilihanraya kecil Kajang yang sedang berlangsung. 

Maksud penulis, kerajaan negeri Selangor mula melaksanakan sebahagian besar dari janji-janji PRU 2008 dan PRU 2013.

Antaranya komitmen kerajaan Selangor nak menurunkan cukai pintu sebanyak 20%, insuran, tabung pinjaman pendidikan dan sebagainya – boleh rujuk dalam surat yang dilampirkan bersama dalam artikel ini.

Bersungguh kata manifesto bukan janji sebelum ni, tiba-tiba, Kajang punya pasal, semua nak dilaksanakan sekaligus.

Di samping itu, tiba-tiba di Kajang juga, wujud penganjuran Karnival Usahawan untuk peniaga yang mendapat manfaat dari program Selangorku tajaan kerajaan negeri.  Peliknya, karnival usahawan tapi penuh dengan aktiviti politik seperti ceramah, pengedaran flyer memburuk-burukkan BN dan sebagainya.

Sasaran utamanya bukanlah pengundi cina, tapi pengundi Melayu sebab PKR yakin orang Melayu mudah digula-gulakan  - begitu hina orang Melayu di mata Pakatan.  

Tapi keyakinan itu mungkin silap kerana gula-gula pilihanraya Pakatan dalam PRK Kajang ini seakan tidak menjadi.

Dari segi sambutan, hambar, orang yang datang, tolak budak-budak, adalah beberapa kerat, itupun silap-silap jentera parti yang datang dari luar membantu.

Penulis suka nak sebut disini, kalau semua ini berlaku di kawasan dan negeri BN, sudah tentu ia akan digelar rasuah pilihanraya atau apa-apa nama yang tidak baik.  Tapi sebab ini depa sendiri yang buat, maka ia sekadar digelar karnival dan melaksanakan janji manifesto.

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dan SPRM sepatutnya pantau kegiatan tidak bertanggungjawab yang dilakukan pembangkang di Kajang secara terang-terang.  Nampak sangat dana rakyat digunakan untuk kepentingan politik kerana bila PRK diadakan di negeri yang mereka bukan kerajaan, tak pulak ada karnival dan sebagainya.

PKR TERDESAK MAIN POLITIK KOTOR FITNAH MEI FUN DERA BIBIK GUNA LOGO PERKASA #PRKKajang #KajangMove


Tinggal 2 hari lagi tempoh berkempen, pembangkang sudah ketandusan idea untuk memburukkan calon BN, Datin Paduka Chew Mei Fun. Tindakan pembangkang mengadakan 'black ops' dengan menyebarkan risalah di sekitar Sg Sekamat, kononnya calon BN meletakkan jawatan Timbalan Menteri kerana mendera amah amat tidak masuk akal.

Nampak sangat ada niat buruk pembangkang apabila meletakkan logo PERKASA pada risalah berkenaan. Ini tidak lain dan tidak bukan adalah untuk melaga-lagakan PERKASA dan MCA. Umum mengetahui Mei Fun meletakkan jawatan beliau kerana prinsip. Beliau tidak mahu berketuakan seorang Presiden yang mempunyai masalah moral. Tudak sepeti seorang calon tu yang sanggup jadi isteri kepada seseorang yang amat rosak moralnya.

Photo: BIAR GAMBAR BERBICARA....


#PRKKAJANG #KajangMove: DAP DAN PKR SEDAR KHIDMAT CEMERLANG MEI FUN


Dalam laporan FMT, Datuk Lajim Ukin dikatakan bimbang jika Mei Fun menang nanti, beliau akan meletak jawatan bila tidak sehaluan dengan bosnya nanti.

Iye benar, Datin Paduka Chew Mei Fun pernah meletakkan jawatan sebagai timbalan menteri dan juga dalam parti sebagai Ketua Wanita MCA, TETAPI ATAS ALASAN APA?

Sebelum diulang mengapa Mei Fun letak jawatan, kita buka semula siapa dan apa itu Lajim Ukin.

Sebelum PRU 13, Lajim Ukin telah meletak jawatan sebagai ahli Majlis Tertinggi Umno, Ketua Umno Bahagian Beaufort dan pengerusi Barisan Nasional (BN) Beaufort. Dia telah meletak semua jawatan dalam UMNO tetapi enggan melepaskan jawatan sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Ini pula kata DS Najib;
 
"Keputusan beliau itu sudah dijangkakan akan berlaku kerana tindakan dan ucapan beliau yang bertentangan dengan dasar parti sebelum ini. Saya tidak terperanjat dengan keputusan itu kerana tiada sesiapa yang lebih besar dari parti melainkan kesetiaan."

Namun Lajim telah lupa peruntukan Fasal (3) Perkara 43A yang dibacakan bersama Fasal(5) Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan, jawatan Timbalan Menterinya terbatal secara automatik.

Kemudian, Lajim menyertai PKR dan terus dilantik sebagai Ketua PKR Sabah sehingga menyebabkan tindakan 11 pemimpin PKR Sabah keluar parti. Mereka bukan hanya keluar parti, malah turut melahirkan sokongan terbuka kepada BN.

Lajim yang keluar UMNO kini melompat ke PKR juga kerana tidak sehaluan.

Berbanding Datin Paduka Chew Mei Fun yang dibimbangkan Lajim, di mana Mei Fun meletak jawatan di atas alasan tidak sehaluan tetapi beliau masih setia dengan parti. Alasan Mei Fun ialah mengenai prinsip dan integriti tetapi alasan Lajim tidak sehaluan, APA? Jika Lajim menyertai PKR, kita fikirlah sendiri alasannya dan yang pasti ia bukan integritinya.

Kini, Mei Fun dicabar Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat DAP, Datuk Teng Chang Khim yang meminta beliau menarik diri daripada bertanding pilihan raya kecil DUN Kajang dan menawarkan jawatan dalam kerajaan negeri Selangor.

APA JAWAPAN MEI FUN?
"Saya kembali ke arena politik kerana saya mahu memperjuangkan prinsip yang betul.

"Saya ingin mengingatkan mereka bagaimana pilihan raya kecil ini diadakan iaitu PKR dengan sengaja mengosongkan kerusi ini dan mempermainkan prinsip demokrasi."

Lajim dan Teng Chang Khim TERLUPA bahawa Mei Fun telah keluar kenyataan pendiriannya terlebih dahulu sebelum mengotakan apa yang dikata. Ini adalah satu perbezaan besar berbanding dengan Lajim.

Belum lagi disentuh mengenai Anwar dan Neng Jijah. Kata akan letak jawatan tetapi masih teringin bertanding sana sini.

Kepada pengundi Kajang terutama wanita, nilailah rekod pencapaiannya dalam memperjuangkan hak golongan itu ketika menjadi Timbalan Menteri dan Setiausaha Parlimen sebelum keluar mengundi Ahad ini.

Dan kepada pengundi yang lain, nilailah pencapaiannya berhubung perkara sama ketika tidak memegang sebarang jawatan dalam kerajaan.

APA YANG MEI FUN TELAH LAKUKAN?

Beliau telah perjuangkan untuk kaum wanita agar pemberian suntikan Human Papilloma Virus (HPV) secara pecuma kepada remaja perempuan berumur 13 tahun.

Beliau juga pernah mengesyorkan kepada Parlimen bagi meminda peraturan mesyuarat supaya semua Ahli Parlimen tidak mengeluarkan perkataan lucah sewenang-wenangnya terhadap wakil wanita.

Mei Fun berkata gesaan Chang Khim yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor supaya beliau menarik diri dalam tempoh 48 jam daripada bertanding disifatkan amat menghina kredibiliti beliau.

Tidak cukup dengan perangai Kor Ming, Chang Khim dari DAP ini sebenarnya hanya ingin menghina Mei Fun. DAP sengaja memperlekeh kekuatan dan perkhidmatan yang disediakannya ketika menjadi Anggota Parlimen Petaling Jaya Utara selama dua penggal.

Ini semua adalah kerana DAP sedar rekod pencapaian Mei Fun yang sangat baik selama ini dan terbukti bahawa beliau memang berkhidmat untuk masyarakat di PJ Utara.

Chew Mei Fun DiPerlukan Di Kajang Sebagai Penghubung Antara Pusat dan Negeri #PRKKajang #KajangMove


Hubungan baik antara Datin Paduka Chew Mei Fun dengan kerajaan pusat boleh menguatkan peranan beliau sebagai wakil rakyat di Kajang walaupun di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor beliau hanyalah pembangkang.

Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah berkata, sekiranya mendapat mandat pengundi Kajang pada 23 Mac ini, Chew, sebagai wakil rakyat BN mempunyai kelebihan untuk menjamin agenda pembangunan, khususnya di bawah kerajaan pusat turut dibawa dan dinikmati rakyat di kawasan itu.

"(Ketika mengundi) kita hendaklah memastikan untuk memilih orang yang ada hubungan dengan Kerajaan Pusat agar agenda pembangunan lebih berkesan walaupun beliau mewakili pembangkang dalam DUN Selangor," katanya ketika berucap di Pusat Transformasi Komuniti Bergerak (Mobile CTC) dan Program Mesra Rakyat di sini Rabu.

Chew yang juga Naib Presiden MCA merupakan calon BN bagi PRK Kajang yang akan berdepan satu lawan satu dengan calon PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Menyelar sikap pembangkang yang sentiasa berfikiran negatif terhadap usaha kerajaan BN, Ahmad Husni yang juga Bendahari Agung Umno menyeru pengundi di Kajang untuk menilai 'rupa sebenar' mereka dan memberi isyarat jelas pada hari mengundi pada Ahad ini.

Pada majlis itu Ahmad Husni turut merasmikan penubuhan Pusat Transformasi Komuniti Bergerak yang akan memudahkan penduduk setempat mendapat akses kepada perkhidmatan kerajaan.

Pusat itu bertujuan memperluaskan peranan Pusat Transformasi Bandar (UTC) dan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) kepada masyarakat.

-- BERNAMA

#PRKKAJANG !! BINI ANWAR TUDUH SPR menambah bilangan pengundi secara mendadak!! #KAJANGMOVE


Nampaknya Wan Azizah sudah mula melakukan kempen penipuan di Kajang apabila menuduh SPR menambah bilangan pengundi di Kajang secara mendadak.

Walaubagaimanapun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menafikan sekeras-kerasnya kononnya berlaku pertambahan mendadak seperti didakwa Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata dakwaan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang juga calon bagi pilihan raya kecil itu merupakan pembohongan melampau tanpa berpandukan data lengkap disediakan.

Beliau berkata jumlah pengundi awal yang layak mengundi ialah sebanyak 1,197 orang, pertambahan sebanyak 17 pengundi berbanding 1,180 ketika pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) pada Mei tahun lepas.

"Tuduhan bahawa SPR sengaja menambah bilangan pengundi disebabkan dakwaan undi awal kebanyakannya menyokong Barisan Nasional (BN) merupakan satu pembohongan besar dan melampau.

"Untuk makluman, jumlah pengundi awal atau pengundi biasa ditentukan berdasarkan jumlah semasa pengundi sehari sebelum seseorang penyandang meletak jawatan...maknanya kita tidak boleh sesuka hati menambah bilangan selepas berlaku kekosongan," katanya kepada Bernama di Kajang hari ini.

Abdul Aziz mengulas kenyataan Dr Wan Azizah hari ini yang mendakwa berlaku peningkatan mendadak jumlah pengundi melebihi 1,000 daripada hanya 300 pengundi awal yang mengundi pada PRU lepas.

Menurut Dr Wan Azizah pihaknya cukup sangsi dengan peningkatan itu, apatah lagi ketika selepas dan sebelum pengundian hanya SPR dan polis yang berhak mengawasi kotak undi, manakala undi itu pula selalunya berpihak kepada BN.

Abdul Aziz berkata jumlah 17 pengundi awal didaftarkan merupakan pertambahan yang sangat biasa, mungkin disebabkan keperluan semasa anggota polis di Kajang.

"Hanya PKR yang tahu bila Lee Chin Cheh (penyandang kerusi dari PKR) akan meletak jawatan, jadi berdasarkan pernyataan di atas saya minta mereka hentikan kenyataan tidak berasas ini," katanya.

Pengundian awal bagi pilihan raya kecil itu akan berlangsung esok di Dewan Sultan Haji Ahmad Shah Maktab Polis Diraja Malaysia Cheras, Dewan Anjung Forensik PDRM dan Rumah Perkep Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang, membabitkan 1,197 anggota polis dan pasangan.

Pilihan raya kecil pada 23 Mac itu menyaksikan Dr Wan Azizah berdepan Datin Paduka Chew Mei Fun dari BN.

Pendedahan : MEI FUN MENGABDIKAN DIRI DENGAN KERJA-KERJA AMAL UNTUK MEMBANTU RAKYAT! #PRKKajang



Pemimpin NGO yang berjiwa rakyat, membantu dalam diam, berjasa dalam kesamaran.

Chew Mei Fun merupakan Pengasas dan Presiden Pusat Hemodialisis pingRong-NKF, Petaling Jaya. Kesan penubuhan pusat tersebut, rakyat di sekitar Petaling Jaya mudah mendapatkan rawatan hemodialisis. Dengan dedikasi Chew dan masyarakat yang prihatin lebih banyak pusat dialisis lagi telah berjaya ditubuhkan.

Pesakit buah pinggang cuma perlu bayar RM50 setiap rawatan di pusat berkenaan. Baki RM100 akan dibiayai oleh Kementerian Kesihatan dan Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia (NKF).

Pusat ini juga melatih jururawat dr kolej kejururawatan swasta sebelum diambil bekerja di pusat-pusat dialisis NKF di seluruh negara

Skuad Sukarelawan Utk Krisis MH370

Di dalam kesibukan berkempen Chew Mei Fun yang amat prihatin dan simpati sempat mencuri masa membentuk sepasukan sukarelawan untuk membantu ahli keluarga mangsa. Jumlah sukarelawan yang sudah mencecah 80 orang ini fasih berbahasa Melayu, Inggeris dan Mandarin akan membantu ahli keluarga mangsa dalam aspek menterjemahkan perkembangan semasa kes dan membantu urusan pelepasan bila-bila masa diberitahu oleh pihak MAS. Mei Fun berharap skuad ini dapat meredakan gangguan emosi keluarga mangsa.

Syabas Mei Fun !

mymassa

GEMPAR!! Wartawan France DEDAHKAN Anwar Tahu Zaharie berasa 'Sedih dan Tertekan' #MH370 #Pray4MH370 #PrayforMH370


Anwar Ibrahim semalam mengaku bahawa juruterbang MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah mempunyai kaitan dengan menantunya.

"Saya tidak menafikan bahawa dia (Zaharie ) mempunyai kaitan dengan salah seorang daripada menantu saya dan saya pernah bertemu dengannya beberapa kali. Malah, dia juga merupakan rakan kepada R. Sivarasa (Ahli Majlis Tertinggi PKR dan Ahli Parlimen Subang) seperti yang kita katakan sebelum ini," 

Sebelum ini Wan Azizah menafikannya :



Ironinya, selepas Wartawan France 24 menyerang Hishammuddin dalam sidang media pesawat MH370 membuka jawapan sebenar sejauh mana hubungan Anwar Ibrahim dengan Kapten Zaharie.


PERSOALAN : Bagaimana Anwar Ibrahim boleh tahu Zaharie berasa 'Sedih dan Tertekan'?

#PRKKajang #KajangMove : 1,197 undi awal hari ini


Sebanyak 1,197 pengundi awal yang kesemuanya terdiri daripada anggota polis dan pasangan akan mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang hari ini.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, ia akan berlangsung di Dewan Sultan Haji Ahmad Shah, Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) Cheras, Dewan Anjung Forensik PDRM dan Rumah Persatuan Kebajikan Polis (Perkep) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang.

Katanya, semua pusat mengundi itu dibuka dari pukul 8 pagi sehingga 5 petang.

"Saya ingin menafikan dakwaan parti pembangkang kononnya berlaku pertambahan mendadak pengundi awal dalam PRK DUN Kajang. Sebenarnya, hanya ada pertambahan 17 pengundi awal berbanding 1,180 pengundi ketika Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu.

"Hanya Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang tahu bila bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang, Lee Chin Cheh letak jawatan. Kita tidak tahu bila, macam mana boleh tuduh kita rancang tambah pengundi awal," katanya.

PRK DUN Kajang pada 23 Mac ini menyaksikan calon Barisan Nasional (BN), Datin Paduka Chew Mei Fun berhadapan dengan calon PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Kerusi DUN Kajang secara tradisinya disandang oleh calon MCA, namun sejak dua pilihan raya umum lalu iaitu pada PRU-12 dan PRU-13, kerusi tersebut dimenangi oleh PKR.

Pada PRU-12, calon PKR, Lee Kim Sin mengalahkan penyandang kerusi itu, Datin Paduka Low Lee Leng daripada MCA dengan majoriti 3,268 undi dan pada PRU-13, Chin Cheh mempertahankan kerusi itu bagi PKR dengan majoriti sebanyak 6,824 undi dalam pertembungan enam penjuru.

#PRKKajang #Kajangmove CIPTA Sejarah Pilihanraya Demi Individu Bukan Rakyat


Dari awal langkah PKR mengosongkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang yang pada mulanya bagi membolehkan Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di situ mempamerkan wajah sebenar parti itu. Ironinya selepas Anwar Ibrahim dipenjara, isterinya pula dinaikkan sebagai calon sekaligus menterjemah bahawa PKR sanggup mengetepikan semua prinsip kononnya asas perjuangan parti, semata-mata kerana kepentingan seorang individu.

Walau apapun diperjelaskan oleh pemimpin PKR mengenai kewajaran tindakan itu, sebahagian besar rakyat terutama yang mengikuti sejarah politik Anwar sejak 30 tahun lalu percaya ia adalah sandiwara terbaru pemimpin pembangkang berkenaan untuk mengalih perhatian daripada masalah peribadinya, sekali gus menjadikannya terus relevan dalam politik negara. 


PKR Tabur JANJI DEMI RAKYAT TAPI HAKIKAT DEMI #AnwarIbrahim #PRKKajang #KajangMove

Embedded image permalink

Menurut blog Hambali Sepanjang tempoh 25 tahun yang lalu, kerusi Dewan Undangan Negeri Kajang hanya dua kali di menangi Barisan Nasional, iaitu 1995 dan 2004.

Selebihnya sama ada dimenangi oleh DAP, PAS dan juga PKR. Kajang adalah sebuah bandar yang membangun dengan kawasan industri, komersial dan perumahan serta turut mempunyai kampung-kampung tradisi dengan penghuninya aktif dalam bidang pertanian.

Berdasarkan statistik Daftar Pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk PRU13 pada Mei tahun lepas, pengundi Melayu terdiri daripada 48.48 peratus, Cina (40.46 peratus) dan India (10.15 peratus).

Tidak sampai setahun selepas PRU13 pada 5 Mei tahun lepas, pengundi DUN Kajang perlu sekali lagi membuat keputusan siapa yang mereka pilih sebagai wakil kawasan itu ke Dewan Undangan Negeri Selangor.

PKR sehari selepas kerusi itu dikosongkan wakilnya Lee pada 27 Januari, telah mengumumkan akan menurunkan Ketua Umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang juga ketua pembangkang sebagai calon parti itu untuk PRK 23 Mac ini.

Bagaimanapun, akibatkan disabitkan kesalahan liwat oleh Mahkamah Anwar tidak layak ertanding dan digantikan dengan Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Sebanyak 39,278 pemilih berdaftar layak mengundi pada pilihan raya itu, termasuk 1,197 pengundi awal dan 26 pengundi dalam kategori tidak hadir atau berada di luar negara.


DUN Kajang pada PRU 1986 dan 1990 dimenangi calon DAP, iaitu Chan Kok Kit (1986) dengan majoriti 1,651 undi dalam pertandingan lima penjuru, dan bekas Timbalan Pengerusi DAP Dr Tan Seng Giaw (1990) mengalahkan calon BN Khoo Chai Hong dengan majoriti 3,911 undi.

BN menang pada PRU 1995 apabila calonnya Choong Tow Chow daripada MCA mengalahkan calon Pas Dr Safie Ibrahim dengan majoriti 7,705 undi, dan pada PRU 1999 kerusi itu menjadi milik Pas apabila calonnya Dr Shafie Abu Bakar menewaskan Choong dengan majoriti tipis 37 undi.

Pada PRU 2004, BN merampas kembali kerusi itu apabila calonnya Datin Paduka Low Lee Leng daripada MCA menewaskan calon PKR, Kim Sin dengan majoriti 2,773 undi.

Sejak dua PRU lepas, pada 2008 dan 2013, DUN Kajang menjadi milik Parti Keadilan Rakyat (PKR) apabila pada 2008 calonnya Lee Kim Sin mengalahkan penyandang kerusi itu Low Lee daripada MCA dengan majoriti 3,268 undi.

Pada PRU13, Mei lepas, calon PKR Lee Chin Cheh mempertahankan kerusi itu bagi PKR dengan memenanginya majoriti undi 6,824 dalam pertandingan enam penjuru.


Pada prk Dun Kajang kali ini parti PKR telah menyebarkan satu risalah kononnya rakyat negeri Selangor dijanjikan dengan faedah-faedah yang menarik jika mereka memilih calon PKR.

Persoalannya adakah rakyat negeri Selangor tahu bahawa janji lama yang telah dibuat oleh pakatan rakyat belum lagi ditunaikan. 


#PRKKajang Manifesto @DrWanAzizah untuk siapa? Untuk kutuk @Khalid_Ibrahim? #ManifestoBukanJanji



Embedded image permalink

Sejak tahun 2008, tak boleh selesai masalah sampah? Selangor berbangga dengan rizab RM 2.28 bilion, tapi apa kata Majlis Perbandaran kajang?



50% kes demam denggi pada tahun 2012 datang dari Selangor, salah satu faktor kerana sampah tidak dikutip seperti dijadualkan. Tahun 2012, 55% kes denggi datang dari Selangor. Tahun 2014, 107 daripada 115 hot spot denggi atau 93% datang dari Selangor.




Apa cerita jalan rosak pula? Tiada dalam manifesto Wan Azizah?


Jadi, apa sebenarnya manifesto Wan Azizah ni? Lihat di bawah untuk memahaminya....


Demi rakyat atau demi suami?




Embedded image permalink

Demi Rakyat atau Demi Suami?

Cara KakWan Doakan #MH370 di Tegur Anak Nik Aziz? #Pray4MH370 #PrayforMH370 #PRKKajang #KajangMove



- Nik Abduh tertegur Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail cara doa kena perbetulkan ?

- Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail  menipu tak nak tegur?