Pilot Air Asia Pertikai Pengumuman @NajibRazak Semalam #MH370 #TakziahMH370


Banyak sungguh pihak yang mempertikaikan pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak semalam mengenai kehilangan pesawat MH 370 yang diumumkan berakhir di selatan Lautan Hindi semalam. Salah seorang daripada mereka adalah pilot daripada Air Asia bernama Krish Jejendira. 

Kita boleh menerima sekiranya beliau tidak dapat menerima kenyataan nasib pesawat berkenaan. Namun, pertuduhan beliau Kerajaan menyembunyikan maklumat adalah keterlaluan. Ini melibatkan nyawa manusia terdiri daripada anak kapal dan penumpang berjumlah 239 orang. Pagi tadi Perdana Menteri telahpun membuat usul di Dewan Rakyat seperti di bawah. Apa lagi pilot berkenaan mahu lagi?
Di bawah Peraturan Mesyuarat 27(3) di Dewan Rakyat bagi menzahirkan rasa sedih, dukacita dan pilu terhadap tragedi malang yang menimpa pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370. Di bawah usul itu, dewan turut merakamkan takziah kepada seluruh keluarga, rakan dan kenalan penumpang serta anak-anak kapal pesawat berkenaan.

Bahawa dewan ini menyatakan ucapan terima kasih tak terhingga kepada semua pihak yang terlibat yang memberikan kerjasama dan bantuan dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR), khususnya kepada negara-negara luar yang telah banyak memberikan bantuan dalam operasi tersebut.

Apa yang perlu kita lakukan dalam minggu-minggu dan mungkin bulan-bulan akan datang ini ialah untuk mencari segala serpihan, rangka serta objek-objek yang berkaitan dengan pesawat MH370 supaya kita boleh mengesahkan tanpa ragu-ragu bahawa pesawat itu telah hilang di selatan Lautan Hindi.

Pada masa ini kerajaan menerima pelbagai cadangan dan antaranya untuk berkabung dengan mengibarkan bendera separuh tiang. Kerajaan berpendapat, kita perlu menemui objek dan serpihan itu terlebih dahulu sebelum kita melakukan perkara tersebut. Begitulah juga saya diberitahu Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan akan bersidang pada pukul 6 petang ini untuk menentukan solat jenazah ghaib, bila patut dilakukan.




Sumber : khairulryezal