Bendera Separuh Tiang Di Negeri Johor Tanda Hormat MH370 | Johor Bahru: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah, supaya semua bangunan kerajaan di seluruh negeri ini mengibarkan bendera separuh tiang. Ia sebagai tanda menghormati semua penumpang termasuk anak kapal MH370.
Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Obet Tawil berkata, pihaknya merakamkan ucapan takziah kepada semua keluarga mangsa.
"Semua bangunan kerajaan akan mengibarkan bendera separuh tiang sepanjang hari ini bagi menunjukkan penghormatan kepada semua mangsa," katanya - myMetro